Header Ads

ads header

Flash News

Harga minyak mentah dunia turun, Tak turun RM1.50 turunlah 1 sen pun tak apa..

Harga minyak Brent bergerak menjauhi paras tertinggi empat tahun yang di cecah baru-baru ini.

Dagangan hadapan minyak mentah Brent turun 43 cent, atau 0.5 peratus, kepada AS$81.44 satu tong pada 0041 GMT, selepas menokok hampir satu peratus dalam sesi sebelumnya.

Brent pada Selasa mencecah paras tertinggi sejak November 2014 pada AS$82.55 satu tong.
Dagangan hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) susut 40 cent, atau 0.6 peratus pada AS$71.88 satu tong.

Ia menokok 0.3 peratus Selasa untuk ditutup di paras tertinggi sejak pertengahan Julai.

Bagaimanapun, Brent berada di landasan untuk mencatat peningkatan lima suku berturut-turut, peningkatan paling lama sejak awal 2007, apabila ia mencatat kenaikan enam suku berturut-turut untuk mencecah rekod tertinggi AS$147.50 satu tong.

Laporan industri yang menunjukkan stok minyak mentah AS mencatat peningkatan yang tidak dijangka minggu lalu turut mempengaruhi harga.

Inventori minyak mentah menokok sebanyak 2.9 juta tong dalam minggu berakhir 21 September kepada 400 juta, berbanding jangkaan penganalisis yang mencadangkan penyusutan 1.3 juta tong, demikian menurut American Petroleum Institute (API).

Kalau PH hancing tak nak turun harga RM1.50 turunlah sikit, 1 sen ke. Kenapa teruk sangat kerajaan PH ini?



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Dunia belum berubah, CAI bayar harga tinggi meskipun dijanjikan harga rendah.

    Dunia belum berubah, berbuih2 mulut MOI mengomel di PBB namun kesannya terus sifar.

    Makanya timbul pertanyaan ini: PBB tak mahu berubah atau ayat pengomel yang tidak berkesan?

    BalasPadam