Header Ads

ads header

Flash News

Husam seolah-olah bodoh dan buta bagaimana Tok Guru Nik Abdul Aziz guna Merc


KOTA BARU,12 Sept ― Faktor keselamatan individu dan kos penyelenggaraan lebih optimum berbanding Proton Perdana merupakan alasan kenapa kerajaan negeri Kelantan membeli kereta mewah untuk Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) dan pegawai kanan kerajaan negeri itu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata penggunaan kereta mewah bagi mereka yang berjawatan berkenaan telah lama dipraktikkan kerajaan negeri malah ketika Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih menjadi Menteri Besar Kelantan.

“Kereta rasmi ini sepatutnya ditukar setiap lima tahun sekali tetapi kita kadang-kadang guna sampai 10 hingga 12 tahun, baharu kita tukar.

“(Senator) Husam (Musa) sendiri pernah jawab isu ini (ketika beliau masih menjadi Exco),” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Semalam, Husam yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan mempersoalkan tindakan kerajaan negeri membeli sekurang-kurangnya sebuah kereta mewah bagi kegunaan pegawai kanannya ketika negeri berkenaan merupakan penerima terbesar bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata pembelian kereta mewah tersebut tidak dilakukan sekaligus malah dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan semasa.

“Selalunya apabila Exco atau pegawai kanan tersebut tamat perkhidmatan, mereka akan minta beli kereta yang mereka gunakan. Jadi untuk Exco atau pegawai kanan yang baharu dilantik, kita terpaksa beli kereta baharu untuk mereka.

“Exco kita ni banyak berjalan dengan kenderaan, nak pergi mana-mana pun biasa guna kereta, jarang naik kapal terbang. Makatentulah mereka perlu kepada kenderaan yang lebih baik untuk keselamatan, keselesaaan dan penjimatan daripada segi ekonomi,” katanya.

Ditanya mengenai pemberian gred Pegawai Turus III kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohd Amar berkata ia perlu memandangkan gred antara Pegawai Kewangan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah hampir sama.

“Jadi ikut struktur mesti ada pegawai yang lebih tinggi dan pemberian gred Pegawai Turus III adalah secara Elaun Tanpa Berpencen (ETB). Beza emolumen antara Pegawai Turus III dengan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A yang disandang PKN juga adalah sedikit sahaja,” katanya. ― Bernama


MR : Husam ni kadangkala bercakap macam orang cerdik tapi sebenar bodoh dengan maklumat yang dia sendiri dulu tolong jawab apabila orang tanya kenapa TGNA guna merc baru....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Nak tunjuk kat Tun Taik yang dia ni kuat kerja maka keluarlah kenyataan yang bodoh bodoh. Bodoh pun jadilah asalkan dapat jadi tajuk berita untuk kenyangkan bos Tun Taik.

    BalasPadam