Header Ads

ads header

Flash News

Ingat Lim Kit Siang cerdik, rupanya bengong juga!


Sebelum PRU-14, Lim Kit Siang membuat tuduhan kononnya PAS ingin bergabung dengan UMNO dan Barisal Nasional. Lim pada ketika itu mempersoalkan MCA boleh menerima PAS sedangkan PAS berusaha membentuk negara Islam.

Tapi pelik hari ini Lim Kit Siang membuat 3 persoalan kerjasama PAS-MCA dan jika diteliti 3 perkara itu semuanya adalah tuduhan LKS sebelum ini kepada PAS tapi pelik dia sendiri pula seolah-olah bimbang tentang hubungan PAS dengan UMNO, MCA dan MIC kerana sudah pasti membentuk pembangkang yang kuat dengan kedudukan Melayu hampir 70% dengan gabungan ini dan ini akan boleh mengatasi sokongan Cina 90% kepada DAP.

LKS macam pening mengapa PAS mahu membantu MCA di PRK Balakong. Ini pun dia pening. Sepatutnya dia dengar apa yang diucap oleh Dato' Takiyuddin. PAS kena perkuatkan pembangkang dengan menepikan perbezaan dengan MCA demi membantu suara rakyat  didengari oleh kerajaan PH dan jika rakyat menunjukkan sokongan ini PH tidak lagi mudah "KENCING MERATA-RATA UNTUK MENIPU RAKYAT"

Kedua LKS kononnya h
airan mengapa Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang bimbang calon MCA berisiko kehilangan deposit pada PRK tersebut tanpa bantuan PAS, sehingga mengarahkan pemimpin kanannya seperti Setiausaha Agung PAS untuk berkempen bagi pihak MCA pada PRK ini?

LKS mabuk kot!

PAS tak kisah pun hilang atau tidak deposit, kerana itu dah jadi asam garam dalam perjuangan PAS bukan hari ini tapi semenjak 60 tahun lalu. Yang PAS tekankan ialah konsep dakwah, bagaimana PAS nak sampaikan Islam yang sebenar kepada bukan Islam bukan macam parti AMANAH buat ajar bukan Islam dengan Islam liberal.

Ketiga LKS membuat tuduhan kononnya
MCA meminta bantuan pemimpin Umno yang mengisytiharkan bahawa selepas PRU14, orang Melayu kononnya hilang kuasa politik, DAP kononnya adalah musuh orang Melayu dan Islam dan DAP kononnya mahu memansuhkan institusi Raja-raja Melayu dan menubuhkan negara Republik – membawa politik perkauman, agama, kebencian, ketakutan dan pembohongan yang tidak bertanggungjawab dan bahaya sehingga ke tahap yang lebih ekstrem daripada sebelum PRU lalu.

Orang buta pun tahu bahawa kuasa politik Melayu hilang selepas PRU-14 oleh kerajaan PH yang dikuasai DAP. Hanya yang bodoh mengira macam Salahuddin Ayub tidak boleh beza antara 70 kandang dan 7 ekor lembu mungkin tak boleh pastia adakah kuasa Melayu hilang.

Ahli UMNO dan PAS kena buang ego masing-masing demi kepentingan Islam untuk bersatu. Melayu Islam kena selamatkan Islam di Malaysia daripada kerajaan PH yang akan merosakkannya.

Jika UMNO-PAS bergabung. Bersama pula dengan MCA dan MIC, bukan aje LKS jatuh pitam, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim pun akan terduduk terlantai.



SemutApi @ FireAnt
http://semutapi-fireants.blogspot.com/




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan