Header Ads

ads header

Flash News

Kelantan jadi negeri termiskin di bawah Mahathir kata Najib


Saya kurang senang dengan tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan media khususnya untuk memburukkan dan menegur negeri Kelantan untuk kurangkan pergantungan kepada kerajaan persekutuan.

Guan Eng berkata Negeri Kelantan adalah penerima terbesar bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan daripada kerajaan persekutuan sejak tahun 2013 hingga 2017 dan tidak patut lagi bergantung kepada kerajaan persekutuan.

Ya, tak dapat dinafikan Kelantan adalah antara negeri paling miskin sekarang tetapi ini ekoran tindakan kerajaan BN terdahulu di bawah perdana menteri keempat yang menghentikan projek-projek pembangunan dan keperluan asas kerana ia jatuh di bawah kepimpinan parti lain pada 1990, sehingga tiada satupun lebuhraya atau infrastruktur air bersih yang sempurna.

Oleh itu, sumber pendapatan kerajaan negeri adalah terhad.

Semasa saya menjadi perdana menteri, saya banyak menyalurkan peruntukan bagi memperbetulkan dan membangunkan negeri Kelantan baik dari segi infrastruktur pengangkutan (lebuhraya CSR, ECRL yang telah dibatalkan oleh Pakatan Harapan), pembantuan fiskal, instrastruktur air, projek kumbahan (yang juga telah dibatalkan oleh Pakatan Harapan baru-baru ini) ataupun penebatan banjir.

Tidak kira negeri itu di bawah parti pemerintah di Putrajaya ataupun tidak, kita tak patut pinggirkan mereka atas semangat 1Malaysia.

Walaupun negeri Pulau Pinang antara negeri yang paling maju dalam Malaysia sekian lama, saya juga telah menyalurkan dana RM650 juta bagi penstrukturan semula bekalan air dan geran RM1.3 bilion bagi memperbesarkan Empangan Mengkuang.

Bantuan RM650 juta dari kerajaan persekutuan inilah yang sering disalah guna oleh kerajaan DAP sejak 2011, kononnya mereka berjaya mengurangkan hutang kerajaan negeri sebanyak 95 peratus dan kononnya pandai mentadbir manakala BN tidak pandai.

Tiada salah untuk negeri yang telah berjaya untuk menolong negeri yang kurang berjaya.

Kerajaan HARAPAN sudah banyak membantu peniaga yang suka mengelak cukai, ekonomi gelap dan orang kaya yang kebanyakkan di negeri yang kaya. Mengapa pula negeri yang miskin tidak mahu ditolong?

Yang miskin tidak patut dikecam mengapa mereka miskin dan dihukum dengan alasan tidak mahu menolong mereka lagi kerana mereka masih miskin.

Sebaliknya, mereka patut dibantu dengan lebih banyak. Bukan dihukum atau dimarah.

Datuk Seri Najib Razak

MR : Terpancak satu lagi panah atas kepala Mahathir.......


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

4 ulasan:

  1. Mutakhir, Najib banyak pertahankan pemerintahannya dan partinya.Pelik mana pegi pemimpin partinya yg lain. Lemah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakalnya bagus juga begitu...sebab lagi banyak mulut berbicara mungkin akan lebih pincang. Mungkin ini juga strategi umno.

      Padam
  2. Kelantan miskin kerana Firaun DKK telah menindas negeri Kelantan dan rakyat Kelantan dan menafikan royalti minyak Kelantan.

    Firaun DKK mendabik dada konon dialah pembela kaum Melayu tetapi dia lupa dia telah menindas orang Melayu Kelantan dll.

    Firaun fikir dia boleh tipu beberapa orang pada satu masa tetapi dia tidak boleh tipu semua orang pada semua masa.

    BalasPadam
  3. Kali ni najib jadi tukang nasihat kpd Tun Taik dan Lim Going End.

    BalasPadam