Header Ads

ads header

Flash News

Konsep rahmatan lil alamin PH satu ‘ajaran sesat’


Konsep rahmatan lil alamin yang didukung oleh Pakatan Harapan (PH) seharusnya diklasifikasikan sebagai ‘ajaran sesat’ kerana istilah yang berbaur Islam digunakan bagi mengelirukan umat Islam.

Exco Penerangan dan Kajian Pemuda Isma (Ikatan Muslimin Malaysia), Muslim Abdullah Zaik berkata, konsep rahmatan lil alamin yang dibawa oleh PH adalah ajaran liberal yang diolah mengikut konteks tempatan.

“Jika dilihat pendekatan mereka misalnya dalam isu lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT), ia dikatakan haram, namun umat Islam diletakkan di kandang pesalah dan LGBT diletakkan sebagai mangsa.

“Dalam isu sebat, sebat dikatakan sebahagian daripada hukum Islam namun pelaku diletakkan sebagai mangsa dan mahkamah syariah dikandang pesalah.

“Ia sekaligus meletakkan ajaran Islam semata-mata dalam kertas untuk dibahas dan bukan pengaplikasian yang menyeluruh,” kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Muslim berkata, ajaran ini meletakkan hak penafsiran dan pengaplikasian agama Islam ditangan ‘persepsi’ dan keinginan orang bukan Islam.

Katanya lagi, suara yang dibawa oleh PH adalah wakil orang bukan Islam ke atas orang Islam yang berfungsi menjinakkan umat Islam sejinak mereka.
Sumber: https://www.ismaweb.net

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Terbaik. Minta belasah geng Ikram ni cukup2. Dengan sesama Muslim bukan main bengis, dengan kafir menikus.

    BalasPadam