Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir tegaskan liwat ditegah Islam, akta tidak akan dimansuh



KUALA LUMPUR, 29 Sept — Undang-undang berkaitan liwat tidak akan dimansuhkan kerana perbuatan itu tidak wajar diterima, kata perdana menteri.

Dalam wawancara yang diterbitkan oleh Wall Street Journal, Tun Dr Mahathir Mohamad juga berkata hubungan seks seperti itu bertentangan dengan ajaran Islam.

“Kita ini negara Muslim dan kita tidak berlembut dengan liwat. Seluruh dunia mungkin boleh bertolak ansur tetapi kita tidak boleh. Ia bercanggah dengan agama,” katanya.

Bakal penggantinya Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara sebanyak dua kali dengan pertuduhan kes ini, pada 2000 dan juga 2015. Namun beliau mendapat pengampunan diraja Mei lalu.

Ketua umum PKR, yang bertanding pada pilihan raya kecil Port Dickson, baru-baru ini menyarankan akta berkaitan kesnya dipinda kerana ia undang-undang lapuk warisan penjajah.

“Ini bukan sahaja lapuk, ia undang-undang penjajah Britain yang diperkenalkan di India dan digunakan juga di Malaysia.

“Ia sangat tidak adil kerana seseorang boleh dituduh, dan tanpa bukti kukuh seperti jelas dalam kes saya.

“Undang-undang itu mesti dipinda bagi memastikan proses keadilan dan isunya bukanlah soal orientasi seks,” katanya dalam temubual dengan Al Jazeera yang disiar minggu lalu.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

8 ulasan:

  1. ARKIB : 15/04/1999
    Anwar dihukum penjara 6 tahun -- Bersalah terhadap empat tuduhan rasuah kerana menyalah guna kuasa

    KUALA LUMPUR 14 April - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah atas empat tuduhan pindaan rasuah kerana menyalah guna kuasa di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.

    Hakim Datuk S. Augustine Paul menjatuhi hukuman penjara enam tahun bagi setiap tuduhan dan memerintahkan hukuman berjalan serentak mulai hari ini...................


    ___________________________



    Kepala bapak hang.... Mana ada kesalahan Anwar atas sebab LIWAT.

    BalasPadam
  2. Jawapan untuk Anon 30 September 2018 9:08 PG:

    Anwar kekal 
dipenjara 5 tahun

    Mahkamah Persekutuan capai keputusan sebulat suara

    PUTRAJAYA 10 Feb. - mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, hampir tujuh tahun lalu.

    Keputusan muktamad itu dicapai secara sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

    Dengan keputusan itu, Anwar, 67, yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh hilang kelayakan sebagai wakil rakyat seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/anwar-kekal-8232-dipenjara-5-tahun-1.58337#ixzz5SXsPndo8
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    BalasPadam
  3. Nua dipenjarakan kerana kesalahan liwat oleh hakim berdasarkan bukti dan saksi !

    Mahukah anda mengundi seorang bekas banduan liwat untuk menjadi pemimpin anda dan menjaga keluarga anda?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya mahkamah syariah sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman liwat
      bukannya mahkamah cival.

      Padam
    2. Mahkamah sivil dan mahkamah syariah boleh menjatuhkan hukuman liwat tetapi oleh sebab KERAjaan sekular yang berkuasa maka mahkamah sivil (sekular) mengatasi kuasa mahkamah Syariah ntuk membicarakan kes liwat yang melibatkan umat Islam.

      Jika anda mahu mahkamah Syariah berkuasa penuh membicarakan kes liwat dll yang berkaitan dengan umat Islam, anda perlu menyokong dan mengundi parti Islam PAS untuk memerintah negara ini dengan undang-undang Islam.

      Dan anda juga perlu sokong RUU355 untuk memperkasakan dan memartabatkan mahkamah Syariah di negara ini supaya mahkamah Syariah boleh membicarakan kes liwat dll yang melibatkan umat Islam.

      Malangnya puak munafik sekular dan liberal dan puak kafir harbi telah menentang RUU355 melalui pelbagai fitnah untuk memburuk-burukkan RUU355 dan menghasut orang ramai menentang RUU355.

      Anda bagaimana?

      Padam
  4. Bukankah Agong telah ampunkan sepenuhnya kes Anwar yg ke 2 ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah semua dosa liwat akan terhapus jika manusia mengampunkan pesalah banduan? Sejak bila manusia mewakili Allah mengampun dosa manusia? Anda beragama apa?

      Apakah hukuman Islam untuk pesalah liwat? Sila rujuk Al-Qur'an dan Sunnah !!!!

      Jika terdapat dua calon PRK iaitu seorang calon parti Islam yang berakhlak mulia, beriman dan warak dan seorang calon lagi adalah calon liberal yang menentang ajaran Islam dan dia adalah bekas banduan liwat, calon manakah anda akan undi untuk menjadi pemimpin anda untuk menjaga dan mendidik keluarga anda?

      Padam
  5. Kalau ikutkan kehendak manusia inilah yang manusia mahu:

    1. Kalau boleh nak menginap di Plaza Hotel atau hotel yang sewaktu dengannya meskipun dalam keadaan pokai.

    2. Sementelahan dok di hotel mahal nak giler, manusia nak juga bawak anak, menantu dan cucu2 bersama meskipun poket koyak rabak.

    Agama mengajak manusia melakukan perkara yang betul, meninggalkan yang tidak betul, berhemah dan bukan boros, berfikiran lurus dan bukannya bengkk, bercitarasa depan dan bukan menyongsang.

    Namun manusia juga hipokrit. Tolak citarasa songsang atas sebab agama konon (walhal sarat dengan alasan politik) tapi dalam masa sama terlalu boros (lebih boros dari setan) hinggakan lupa wang rakyat itu bukan wang sendiri.

    BalasPadam