Muhyiddin Keliru dan berbelit pasal hubungan PAS dan UMNO
Baik Umno mahu pun PAS, kedua-dua parti itu kini dipercayai semakin yakin bahawa formula yang dipersetujui bersama mutakhir ini akan membawa manfaat buat mereka.
Keputusan yang dicatat pada pilihan raya kecil Seri Setia semalam mungkin boleh dijadikan satu lagi dalil bahawa kedua-dua parti berkenaan membuat keputusan paling tepat untuk mendepani kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Namun bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi salah seorang bekas pemimpin paling kanan - dan lama - dalam Umno suatu ketika dulu hubungan intim PAS dan Umno tidak akan ke mana-mana.
Di mata presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu Umno sudah menjadi sejarah.
"Umno sekarang bukan saja sudah kalah teruk, tapi hampir hancur.
"Mereka kini menjadi satu kelompok parti pembangkang yang jauh lebih kecil. Saya percaya mereka sudah hilang keyakinan," katanya pada sesi wawancara dengan Malaysiakini dan wakil Sinar Harian dikediamannya di Bukit Damansara pada 7 Sept.
Antara kecelaruan Muhyiddin dalam temubual tersebut ialah;
1. Muhyuddin berkata
"Sebab itu, dalam keadaan tidak menentu mereka mungkin cuba berbicara dengan PAS (tapi) saya tak yakin Umno boleh bersama dengan PAS.Habis bagaimana BERSATU dan DAP boleh bekerjasama sedangkan serangan Mahathir kepada DAP bukan perkara baru?
"Ini (kerjasama Umno dan PAS) bukan cerita baru. Cerita ini sudah jadi sejak zaman berzaman.
"Mereka nampak baik, lepas tu tak baik... lepas tu sebelum pilihan raya nak bekerjasama, lepas tu tak jadi, lepas tu macam-macam.
2. Muhyiddin berkata
Menurut Muhyiddin, ada anggota Umno sendiri tidak akan setuju jika parti itu bekerjasama dengan PAS.Jika ini alasanya bagaimana Mahathir boleh bersama Anwar Ibrahim? Bagaimana DAP boleh terima Mahathir?
Pada masa sama kata anggota parlimen Pagoh itu anggota PAS - yang selama ini diasuh bahawa Umno itu adalah musuh politik - juga tidak akan menerima kerjasama berkenaan walaupun di peringkat pimpinan ia sudah berlaku.
"Orang PAS saya percaya (tak boleh terima) sebab selama ini mereka melihat Umno sebagai parti yang katanya tak Islam, tak ikut syariat agama, yang buat macam-macam kemungkaran.
Hubungan PAS-UMNO boleh jadi atau tidak bergantyung kepada keperluan politik semasa sebagai mana Mahathir perlukan DAP dan Anwar untuk jatuhkan Najib. Politik buka bacaan buku yang sekadar kita anggap itu dan ini.
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
IKLAN BERBAYAR :
Bagi yang mahukan Islam & melayu bersatu,takda siapa pun keliru...Mahyudin & PH sahaja yang keliru dan mengelirukan orang ramai.
BalasPadamdalam lubuk hati Muhyiddin hendak bersama pas cuma rasa malu sebab hati islam ada di hati beliau sebab dia dah nampak arah tuju parti dap nasihat saya malu pada Allah
BalasPadam