Header Ads

ads header

Flash News

Muktamar Akan Bincang Kerjasama Serius Dengan Umno


Muktamar tahunan PAS yang berlangsung di Terengganu pada 14 hingga 16 September ini akan membincangkan hala tuju kerjasama dengan UMNO.

Ahli Jawatankuasa Pusat, Dr Halimah Ali berkata, kerjasama dengan UMNO itu antara agenda yang akan diberi perhatian oleh pemimpin dan ahli parti itu.

“Apa salahnya kerjasama dengan UMNO. Ini adalah ‘taawun’ yang diamalkan PAS. Kena ada jalinan kerjasama dengan pihak yang menyokong gagasan Islam atau untuk perkara baik dan yang mempunyai kepentingan rakyat.

“Jadi kita tunggu dalam muktamar nanti kemungkinan kerjasama antara PAS dan UMNO akan ke peringkat seterusnya, mungkin jalinan kerjasama yang lebih serius,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan PAS TTDI Jaya, di Shah Alam pada Ahad.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan akan menghadiri Muktamar PAS Pusat di Terengganu.

Ahmad Zahid berkata, beliau telah menerima jemputan tersebut menerusi barisan kepimpinan PAS.

Menurutnya, sayap UMNO termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri juga dijangka hadir dalam majlis tersebut bagi memberikan sokongan moral kepada PAS.


Sumber : http://watan-online.com


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan