Header Ads

ads header

Flash News

Muktamar PAS ke-64 gelanggang panas corak hala tuju kerjasama


KOTA BHARU, 10 Sept (Bernama) -- Muktamar PAS ke-64 hujung minggu ini, dilaporkan bakal menjadi pencorak hala tuju parti berteraskan Islam itu dalam membentuk hubungan kerjasama dengan parti pembangkang termasuk UMNO yang menjadi seteru politik PAS selama ini.

Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata dalam mencatur strategi politik dalam hubungan kerjasama itu, sudah tentu tumpuan ramai terhadap ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika merasmikan muktamar tersebut pada Sabtu ini (15 Sept).

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara pemimpin parti pembangkang yang telah mengesahkan untuk hadir dan secara 'berdepan' berpeluang mengikuti ucapan Abdul Hadi.

"Ucapan Presiden PAS sudah tentu akan menyentuh soal kerjasama dengan parti-parti daripada blok pembangkang dan sudah tentu lunak didengar jika beliau mahu mengeratkan lagi kerjasama yang sudah terjalin setakat ini," kata Dr Kamarul Zaman, pensyarah Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia kepada Bernama.

Muktamar tersebut yang bakal berlangsung di Terengganu pada 15 dan 16 Sept ini bakal menghimpunkan lebih 1,200 perwakilan dari seluruh negara.....

Mohamad Bakri Darus


MR : Paling ditunggu ialah daripada fitnah-fitnah yang disebarkan PAS-UMNO akhir ditakdir Allah akan menjadi kenyataan atau tidak pada muktamar kali ini....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan