Header Ads

ads header

Flash News

PAS tidak letak calon PRK Port Dickson

PAS mengambil keputusan tidak meletakkan Calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson yang bakal diadakan ekoran perletakan jawatan Ahli Parlimennya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

Perkara ini diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang bermesyuarat semalam di Kuala Terengganu dipengerusikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Keputusan ini dibuat kerana PAS merasakan Pilihan Raya Kecil yang sengaja ‘dicipta’ bukanlah suatu amalam demokrasi yang baik, malah ia menyebabkan pembaziran wang awam dan masa serta mengikis minat rakyat untuk keluar membuang undi. Parlimen Port Dickson juga bukanlah kawasan yang berpotensi untuk PAS meletakkan calon.

Sehubungan dengan itu PAS turut memutuskan akan memberikan sokongan kepada mana-mana Parti Pembangkang lain yang berhasrat meletakkan calon termasuklah sama ada Umno ataupun MIC. Ini juga selaras dengan semangat solidariti parti-parti Pembangkang untuk menambahkan bilangan Ahli Parlimen Pembangkang dalam rangka mewujudkan proses semak dan imbang (check and balance) terhadap Parti Pemerintah.

“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”


DATO’ TAKIYUDDIN HASSANSetiausaha Agung PAS
Bertarikh: 13 September 2018


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Sukar untuk pak Ali dan mak Peah untuk beri pangkahan pada MIC kalau ada muka Anwar atas kertas itu. Dan kalau dibuang kertas undi, ia juga tidak ada kebaikannya. Namun pak Ali dan Mak Peah boleh di celikkan dengan maklumat iaitu antara proksi Hindrafik (calon PH) dan MIC, yang kemudian itu berbaloi untuk diberikan pertimbangan.

    BalasPadam