Header Ads

ads header

Flash News

Pemilihan PKR tegang, polis tahan 4 lelaki


Polis menahan empat lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 40-an selepas berlaku kekecohan hingga menyebabkan kecederaan semasa pemilihan PKR Cabang Merbok dekat Sungai Petani hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata, seorang individu cedera pada bahagian kepala dalam kekecohan yang berlaku antara 12 hingga 12.30 tengah hari itu dan telah dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani tadi.

“Kita difahamkan semasa pemilihan ini tadi sistem pengundian dijalankan itu tidak lancar.

"Sistem pengundian ini tergendala...berjalan terlalu perlahan sehingga menimbulkan keresahan dan berlaku salah faham antara petugas dan ahli yang mengundi ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sehubungan itu, kata Adzli, polis turut merampas beberapa batang kayu yang digunakan sebagai senjata dalam kekecohan berkenaan dan kayu itu bukan dibawa dari luar tetapi terdapat di tempat kejadian ketika itu.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 148 kerana merusuh.

-Bernama


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan