Header Ads

ads header

Flash News

PKR batal proses pemilihan di Kedah kerana kerusi terbang?


Semua proses pengundian bagi pemilihan PKR di Kedah hari ini dibatalkan ekoran masalah teknikal berkaitan sistem e-undi yang mencetuskan kekecohan di beberapa pusat mengundi tengah hari tadi.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Ismail Yusop dalam sidang media, seperti dilapor Bernama.

"Semua proses pengundian yang telah dijalankan di Kedah dibatalkan semuanya," katanya seperti dipetik.

Beliau turut mengesahkan penangguhan pemilihan di Perak dan Perlis, seperti dilapor Malaysiakini.

Menurut laporan Bernama itu lagi, selain Perak dan Perlis, pemilihan di Melaka dan Negeri Sembilan yang sepatutnya bermula 29 September ini turut ditangguhkan.

Kesemua tarikh baru pengundian akan ditentukan kemudian, katanya lagi.

Menurut laporan Malaysiakini tengah hari tadi, Ismail berkata masalah sistem e-undi telah mencetuskan ketegangan di kalangan anggota di Kedah yang datang awal pagi untuk mengundi.

"Isunya banyak berkaitan (masalah) teknikal.

"Walaupun pengawas kita dilatih, tetapi kena terima hakiat masih ada isu teknikal dengan kod bar dan tablet yang digunakan untuk mengundi. Itu menimbulkan ketegangan," katanya.



Sementara itu, Ismail dalam sidang media sama mengumumkan keputusan pengundian di Pulau Pinang diterima tanpa perubahan.

Namun jika terdapat bantahan JPP akan menelitinya dan berbincang di peringkat JPP dan kepimpinan parti sebelum membuat keputusan, katanya.

Sidang media itu berakhir dengan kekecohan selepas sejumlah anggota tidak berpuas hati dengan pengumuman itu.

Ini merupakan kali pertama PKR menggunakan sistem e-undi dalam pemilihan parti. Ia juga merupakan satu-satunya parti yang membenarkan setiap anggota untuk mengundi.



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan