Header Ads

ads header

Flash News

PTPTN: Mahasiswa gerak petisyen desak PH tunai janji tangguh bayaran


PETALING JAYA: Selepas tiada perkembangan terkini mengenai rancangan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Nasional (PTPTN) untuk peminjam berpendapatan RM4,000 ke bawah, mahasiswa akan menggerakkan petisyen mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan janji mereka.

Aktivis pelajar Anis Syafiqah Yusof berkata, pihaknya akan terus mendesak agar kerajaan PH menunaikan janji mereka dengan kadar segera.

“Segera laksanakannya memandangkan kebanyakan graduan bergaji rendah.

“Masih ramai juga yang tidak mendapat peluang pekerjaan untuk membayar hutang PTPTN,” katanya hari ini.

PH dalam manifesto pilihan raya 9 Mei lepas berjanji untuk memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam PTPTN dan menangguhkan pembayaran balik pinjaman kepada semua peminjam bergaji kurang RM4,000 sebulan.

Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan pada 18 Julai berkata pihaknya tidak tahu bagaimana mahu melaksanakan rancangan menangguhkan bayaran pinjaman pendidikan yang dijanjikan itu tanpa data gaji peminjam.

Wan Saiful turut meminta 1.3 juta peminjam mengemaskini data pendapatan masing-masing dangan badan itu.

Mengulas lanjut, Anis berkata jawapan “cliche” masalah kewangan negara sepatutnya tidak menjadi alasan yang berterusan oleh pihak kerajaan untuk tidak menunaikan janji.

“Inisiatif seperti memastikan peminjam PTPTN yang bergaji tinggi dan tiada masalah kewangan agar melangsaikan hutang perlu diambil perhatian serius supaya golongan yang kurang berkemampuan tidak terbeban,” katanya.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Ada parti yang ikhlas nak hapuskan hutang PTPTN ditolak sebaliknya parti pembohong yang di percayai. Ikutkan naluri politik, biarkan PH minta bayaran balik tanpa penangguhan. Biar serik.

    BalasPadam