Header Ads

ads header

Flash News

Rafizi tak matang: Zuraida


SHAH ALAM - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin enggan melayan dakwaan mengaitkan dirinya tidak bersetuju dengan konsensus melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh sebelum PRU14 lalu.

Zuraida yang juga calon Naib Presiden PKR berkata, beliau tidak nampak relevannya isu itu dibangkitkan.

Sebaliknya beliau menyifatkan tindakan membangkitkan perkara itu sebagai orang yang tidak matang jika ia merupakan antara cara untuk berkempen, menjelang Pemilihan PKR 2018 yang dijadualkan bermula akhir bulan ini.

"Tak apalah..kalau itu cara dia berkempen, cara orang yang tak matang.

"Saya lebih suka nak mengamalkan politik matang..jadi tak apalah, tinggalkanlah orang yang tak matang ini," katanya kepada media di Pangsapuri Mentari, di sini hari ini, selepas membuat lawatan ziarah keluarga kepada kanak-kanak yang maut selepas jatuh dari tingkat 17 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, Petaling Jaya, kelmarin.

Semalam, calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu wawancara bersama Star TV dilaporkan berkata, ketika Dr Mahathir dan Bersatu dibawa masuk dalam PH serta bersetuju dengan konsensus untuk melantik Pengerusi Bersatu sebagai perdana menteri ketujuh, Zuraida antara individu yang membantah atas dasar jawatan tersebut harus disandang individu lebih muda.

Dalam wawancara itu, Rafizi turut mendedahkan beliau harus bertempur dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan sekutu-sekutunya kerana rekod prestasi mereka yang mengecewakan.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Lebih tidak matang bila "jobless" dijadikan bahan kempen sedangkan asal usul jobless ialah pengorbanan. Berkorban untuk menaikkan nama parti tanpa berfikir jauh akan impak susulan ke atas diri sendiri.

    BalasPadam