Header Ads

ads header

Flash News

Saya dah isytihar harta, Halimey bila lagi, soal Halimah


SHAH ALAM: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia, Halimey Abu Bakar dicabar untuk mengisytiharkan hartanya sebelum tiba hari pengundian.

Calon PAS, Dr Halimah Ali berkata beliau bersedia dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengisytiharkan harta kerana pernah berbuat demikian ketika menjadi exco kerajaan negeri, sebelum ini.

“Sebenarnya saya punya dah ada dalam dokumen kerajaan negeri Selangor masa exco itu, dan saya tiada tambahan apa-apa lagi selain kereta Camry yang saya beli 10 tahun lepas.

“Jadi saya akan tambah kereta itu sahaja,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Selangor, hari ini.

Tambahnya, lebih “molek” Halimey turut mengistiharkan hartanya seiring dengan perjuangan reformasi PH yang sering dilaungkannya.

“Kita tidak mahu orang yang memegang jawatan yang melibatkan rakyat menggunakan jawatan tersebut, lebih-lebih lagi dia dalam kerajaan.

“Jadi dia tidak pernah isytihar sebelum ini, saya sudah,” katanya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir yang turut berada di sidang media itu berkata mesyuarat PAS-Umno yang diadakan hari ini memutuskan agar Halimey mengisytihar hartanya.

“Penting untuk kita melahirkan pemimpin yang berintergriti. Kita nak rakyat berpeluang untuk memilih calon yang paling layak, bersih, cekap dan penuh berintergriti.

“Kita kena isytihar harta, biar rakyat tahu pemimpin yang mereka mahu pilih itu tidak akan menyalahgunakan kuasa bila diberi kuasa,” katanya.

Esok merupakan hari terakhir bagi kedua-dua calon itu berkempen sebelum tiba hari pengundian pada Sabtu ini.

MR : PH kena tunjuk yang calonnya adalah berintergriti....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan