Header Ads

ads header

Flash News

Senarai Flip - Flop kerajaan Pakatan Harapan #MalaysiaBaru


Naratif yang berubah-berubah:

April: Janji yang kita buat dalam manifesto sudah dikaji secara terperinci, Apa yang kita janji dalam manifesto pasti dapat dilaksanakan!

Rujuk: https://m.malaysiakini.com/news/417981

June: Sukar laksana manifesto dalam 100 hari, Manifesto dibuat berasaskan kepada pengetahuan yang tidak mencukupi kerana kita tidak tahu setakat mana kerosakan yang telah dibuat.

Rujuk:http://m.utusan.com.my/berita/nasional/sukar-tunai-janji-100-hari-8211-pm-1.683859

Julai: Manifesto PH bukan kitab suci yang perlu dipatuhi, sebaliknya ia berfungsi sebagai panduan saja.Kerajaan sedia menanggung dosa sekiranya gagal melaksanakan janji-janji yang terkandung dalam manifesto PH.

Rujuk: https://m.malaysiakini.com/news/434417

Ogos: Janji manifesto dibuat dalam keadaan PH percaya akan kalah PRU, sebab itu ia sukar dilaksana, sebab itu kita tidak boleh memberikan janji yang tidak boleh ditunaikan.

Rujuk: https://m.malaysiakini.com/news/43890

Ogos: Jika hutang negara tidak mencecah RM1 trilion, mungkin janji-janji tersebut boleh dilaksanakan. Namun dalam keadaan ekonomi tidak berapa baik, ia akan ambil masa.

Rujuk:http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/tidak-perlu-tempoh-masa-tunai-janji-manifesto-1.871297

Ogos: Janji 100 hari, PH hadapi banyak kekangan.
Beban yang besar yang ditinggal oleh pemerintah dahulu ialah hutang bertrilion ringgit, untuk membayar faedah sahaja boleh jadi kita muflis. Apatah lagi dengan bayaran hutang pokok.

Rujuk:http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/janji-100-hari-ph-hadapi-banyak-kekangan-1.874195

September: Laksana semua manifesto, Kerajaan PH akan rugi besar. Sebahagian daripada janji manifesto berkenaan menimbulkan banyak masalah dan memerlukan kajian semula.

Rujuk:http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/laksana-semua-manifesto-kerajaan-ph-akan-rugi-besar-1.879921
.
Sudah-sudahlah tu dengan naratif flip-flop mengenai manifesto ni, kejap data tak cukup, kejap sebab tak jangka menang, kejap sebab hutang 'bertrillion' ringgit..last2 kerajaan akan rugi besar pula..

Den rhaso kerajaan baik 'gentle' jelah ngaku yang memang tak berniat pun nak laksana manifesto mereka sejak dari awal laei, sebabnya rakyat banyak yang dah matang dan senang, kalau tak takkanlah Tabung Harapan boleh collect sampai 200 juta, rakyat boleh faham tol tak boleh dihapuskan, PTPTN harus dibyar..benda2 common sense yang dulu susah nak faham dah boleh dihadam oleh rakyat kita pasca PRU 14.

Dan most important, Najib dah 'Tombang'. Jadi sebenarnya rakyat takkan ambil hatipun.. No worries 🤭.

Sekian.
Sumber : http://thekl-chronicle.blogspot.com/

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Jika inilah kerajaan maka kita sebagai rakyat jangan iktiraf kerajaan ini. Jangan iktiraf kuasa mereka. Mulakan civil disobedience.

    BalasPadam