Header Ads

ads header

Flash News

Sudah 12 jam Rosmah di SPRM belum selesai lagi


PUTRAJAYA: Sudah 12 jam isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diambil keterangannya oleh pasukan penyiasat agensi itu.

Setakat jam 10 malam tadi, sesi ambil keterangan ke atasnya masih belum selesai sejak beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 9.50 pagi tadi.

Menurut sumber, Rosmah mendesak sesi ambil keterangan itu diselesaikan malam ini juga dan tidak mahu menyambungnya esok seperti dicadangkan pihak SPRM.

Bagaimanapun perkara itu tidak dapat disahkan.

Rosmah berada di SPRM dengan ditemani dua peguamnya, Dratuk K Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent.

Sementara itu, puluhan petugas media yang berada di ibu pejabat SPRM sejak 7 pagi tadi masih kekal berada di perkarangan lobi bangunan terbabit bagi menunggunya.

Difahamkan, Rosmah, 67, dipanggil ke SPRM hari ini bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau diarahkan berbuat demikian menerusi notis perintah hadir yang diserahkan oleh pegawai SPRM kepadanya, semalam.

Ini kali kedua beliau dipanggil memberi keterangan kepada SPRM dengan kali pertama pada 5 Jun, yang mana beliau disoal siasat selama lima jam berhubung siasatan ke atas syarikat subsidiari 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Hanya untuk jatuhkan Najib dan Rosmah , seluruh umat Islam dan kuasa Orang Melayu dikorbankan.

    Bagus. Hidup Cinasia. Baik tukar bendera. Padamkan bulan Sabit , tukar jadi salib.
    Cinasia Cinasia !

    BalasPadam
  2. Belum ada power ranger terpekik terlolong minta SPRM kerja 9-5 saja. Bila dah ada kuasa kuda, senyap semacam bila SPRM buat kerja lebih masa. Cakap tak serupa bikin ini amatlah jengkol. Ia harus ditendang dari Putrajaya bagi mengelak lebih banyak kebobrokan.

    BalasPadam
  3. Melayu, makin kaya makin lupa diri, makin belajar tinggi2, makin bodoh jadinya.

    BalasPadam