Header Ads

ads header

Flash News

Terkini Anifah Aman pula keluar UMNO


Seorang lagi pemimpin kanan Umno mengumumkan keputusan meninggalkan parti itu.

Sebentar tadi, bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umnp, Ketua Umno Bahagian Kimanis dan ahli Umno berkuatkuasa serta-merta.

Porrtal Utusan Malaysia melaporkan surat peletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa hari ini.

Memetik sumber, portal itu berkata Anifah kini dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dan usaha untuk mendapatkan penjelasan beliau akan buat sebaik sahaja beliau tiba di sini

Peletakan jawatan tersebut dipercayai diambil bagi membolehkan beliau menunaikan janji-janjinya kepada rakyat Sabah dalam memperjuangkan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, beliau berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) gagal mengembalikan hak rakyat Sabah.

Malam semalam, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar Umno selepas lebih 40 tahun berjuang dengan parti itu.

Keputusan tersebut mengejutkan banyak pihak memandangkan Mustapa memenangi undi tertinggi dalam pemilihan Majlis tertinggi (MT) Umno pada Jun lalu.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Semua nak melutut menyembah Mahafiraun.
    Biarkan. Orang munafik dalam UMNO perlu dikeluarkan sebagaiman barah perlu dikeluarkan daripada badan.

    Siapa lagi mau keluar , silakan berambus. Malays dont need you. Malays need Islam and leaders that do not lie.

    Those who are corrupt can get lost. Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk berambus keluar.

    BalasPadam
  2. PAS is the most consistent party in the history of Malaysia.
    We admit that our collaboration with DAP was wrong as we were deceived by Anwar Ibrahim and DAP that our Islamic Agenda in Kelantan will be respected and honored. We have proof that a Memorandum of Understanding was forged and clearly DAP had broken its own promise at that time.

    Do , if you want consistency , then the right choice is PAS.

    Make the right choice. No regrets . Ever.

    BalasPadam