Header Ads

ads header

Flash News

Tolak kerjasama Umno hanya usul Pemuda, kata Khalil


KUALA TERENGGANU, 14 Sept — Keputusan Pemuda PAS menolak usul bekerjasama dengan Umno hanya akan diputuskan kepimpinan tertinggi parti.

Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata Pemuda PAS berhak melontarkan pandangan dan ia sememangnya diraikan dalam parti Islam itu.

“Akhir sekali kita serah kepada ‘ibu bapa’. Begitulah kami dengan parti. Kami ada sistem kami.

“Kita menyerah kepada ahli untuk lihat apa pandangan dan terserah kepada parti untuk meletakkan pandangan itu,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Pemuda PAS hari ini menolak usul kerjasama dengan Umno sebaliknya mahu mengukuhkan Gagasan Sejahtera sebagaimana pilihan raya umum (PRU) lalu.

Perwakilan berkata PRU akan datang masih jauh dan kerjasama berkenaan akan diambil kesempatan untuk Pakatan Harapan melemparkan kritikan.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. bagaimana pula jika umno menyertai gegasan sejahtera?

    BalasPadam