Header Ads

ads header

Flash News

Tutup tahfiz tapi bukan kedai arak, soal PAS kepada Khalid Samad


PETALING JAYA: PAS hari ini mempersoalkan Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berhubung arahan menutup pusat tahfiz tidak berdaftar di ibu kota, sedangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepatutnya mengutamakan penutupan kedai arak susulan kes pengambilan arak tiruan yang meragut 37 nyawa sehingga kini.

“Ramai yang masih menunggu pengumuman menteri wilayah untuk mengarahkan kedai arak ditutup, selepas lebih 30 mangsa mati akibat keracunan arak baru-baru ini,” tulis Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Facebooknya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, 23 kematian itu direkodkan di Selangor, 11 di Kuala Lumpur dan 3 di Perak.

Katanya, 23 pesakit masih menerima rawatan di 12 hospital sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan, dengan 8 daripadanya kritikal.

Tuan Ibrahim berkata, kerajaan sepatutnya menutup premis haram merosakkan seperti rumah urut, pusat hiburan dan kilang haram yang terus berleluasa serta melakukan pelbagai kesalahan dan menimbulkan masalah sosial, alam sekitar dan institusi keluarga.

Katanya, kerajaan tidak sepatutnya menghukum pusat tahfiz lain disebabkan kes pengetua pusat tahfiz di Kepong yang didakwa meliwat 9 pelajarnya.

“Yang buat salah tu tangkaplah, ambillah tindakan. Tak ada siapa nak bela yang buat perlakuan tak senonoh tu. Hukumlah seberat hukuman.”

Beliau berkata, sebagai pemimpin Islam, idea menutup pusat tahfiz tidak berdaftar tidak sepatutnya terlintas dalam fikiran Khalid.

“Beliau sepatutnya memikirkan cara untuk membantu pusat pendidikan tidak berdaftar seperti tahfiz yang mendidik dan beroperasi melahirkan ratusan anak muda yang berakhlak dan penuh dadanya dengan al-Quran dan bukan mencari alasan untuk menutupnya.”

Semalam, Khalid mengumumkan DBKL akan menutup semua pusat tahfiz tidak berdaftar dan beroperasi secara haram, termasuk pusat tahfiz di Kepong, bagi memastikan keselamatan serta kebajikan pelajar terjamin.

Beliau berkata, DBKL akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk memantau semua pusat tahfiz di ibu kota.

Pengetua pusat tahfiz di Kepong yang beroperasi secara haram itu ditahan polis kerana dipercayai meliwat 9 pelajarnya berusia 11 hingga 16 tahun.

Suspek berusia 30 tahun itu kemudiannya didakwa dengan 11 pertuduhan di Mahkamah Seksyen Putrajaya, Rabu lalu, mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Bukan setakat kena sekeh, pusat bakal melayang! Tak akan ada respons positif waima 9999 tahun lagi. Sebelum ini telor mungkin besar tapi bila dah menetas, telor itu pun mengecut. Usah bazir harapan meskipun ada janji HOPE buat semua.

    BalasPadam
  2. Dasar pakatan syiah-liberal-kafir harbi yang tidak masuk akal manusia normal dan menghina otak manusia bijaksana:

    (1) Kahwin muda, pusat tahfiz dan zakat untuk NGO Islam dan badan dakwah Islam dll adalah kesalahan besar dan perlu diharamkan kerana semua aktiviti agama Islam ini menghalang perkembangan aktiviti kemungkaran dan kesesatan seperti arak , judi, zina dll.

    (2) Kematian berpuluh-puluh mangsa yang telah minum arak yang dibeli dari kedai arak yang mungkin berlesen di sekitar KL adalah isu 'terpencil' dan penjualan arak perlu diteruskan untuk menjamin kebahagiaan dan kekayaan towkay arak dan perkembangan industri dan perniagaan arak berlesen dan arak seludup .

    BalasPadam