Header Ads

ads header

Flash News

Walau tak ada dalam manifesto, Terengganu sedia RM12 juta dana persekolahan



KUALA TERENGGANU- Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM12 juta bantuan dana persekolahan sesi 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Satiful Bahari Mamat berkata,

kerajaan negeri akan mula membuka permohonan baharu bagi dana itu secara dalam talian mulai 1 Oktober depan untuk ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang dari RM2,500 sebulan.

"Ibu bapa boleh membuat permohonan itu di laman sesawang http://idana.terengganu.gov.my/ dan permohonan akan tamat pada 21 Oktober. Pada tahun ini, kerajaan negeri menjangka 116,000 pelajar akan menerima manfaat daripada dana bantuan persekolahan itu.

"Pada kali ini, kita tidak akan memberi dana itu dalam bentuk wang tunai seperti sebelum ini, sebaliknya penerima akan menerima baucar dan menebus pakaian sekolah jenama Canggih di lokasi yang akan ditentukan kemudian," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini.

Beliau berkata setiap pelajar lelaki akan menerima baju serta seluar sekolah, stokin, kasut dan beg manakala pelajar perempuan akan menerima kain, baju, stokin, kasut dan tudung.

Pada tahun lepas, kerajaan Terengganu memperuntukkan  RM10.9 juta untuk dana bantuan persekolahan itu dan kebiasaannya jumlah penerima akan meningkat setiap tahun.

Ditanya mengenai perubahan kaedah pemberian dana itu, beliau yang juga Adun Paka berkata, ia bagi memastikan matlamat penyaluran dana itu tercapai.

"Sebelum ini beri dalam bentuk wang tunai, mungkin duit itu digunakan untuk perkara lain, jadi bila kita beri dalam bentuk pakaian berjenama yang berkualiti, ia lebih sesuai dan menepati matlamat dana tersebut," katanya.- Bernama

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan