Header Ads

ads header

Flash News

Wan Azizah kosongkan kerusi P100 Pandan untuk Anwar?


Pemimpin PKR geng Rafizi menyifatkan tindakan mengosongkan kerusi demi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke arena politik bukan satu kesalahan.

Kata mereka jika pemimpin itu lebih layak dan berkemampuan untuk melakukan perubahan di kawasan itu, individu itu perlu diberi ruang untuk berbuat demikian. Bukan saja perubahan setempat, tetapi rakyat perlu melihat ‘comeback’ oleh Anwar di kerusi tertentu adalah titik tolak kepada bekas timbalan perdana menteri itu untuk melakukan perubahan di peringkat yang lebih tinggi.

Itu kata-kata mereka.
Tapi rakyat sudah muak dengan politik PKR yang sekarang hampir 100% tak ada beza dengan UMNO. Jika Anwar ingin kembali dia perlu kerusi yang betul.

Masa sekarang tak sesuai di ‘comeback’ dia perlu tunggu ada PRK atau tunggu sehingga PRU-15. Tapi kalau dia tunggu kerusi kosong atau kematian dsbnya atau tunggu PRU-15, sudah pasti, sangat  mudah MAHATHIR & AZMIN "sembelih' Anwar bagi kali kedua.

Nak tak nak dia kena masuk Parlimen juga. Cara terbaik ialah ambil kerusi isteri sendiri, walaupun Wan Azizah dan Nurul Izzah tak setuju.

Walaupun ini bukan terbaik tapi ini adalah yang terbaik daripada yang terburuk kerana majoriti di P100 PANDAN pada PRU-14 lalu ialah 52,543 undi.


Jentera parti PAS kena bersedia sebagai pembangkang untuk siapa bertanding (PAS atau UMNO atau MCA). Sebelum ini PAS hanya mendapat 8,336 undi sahaja dan BN pada masa itu MCA bertanding. Sangat sukar untuk kalah PH tapi sekurang-kurang jangan bagi MUDAH MEREKA MEMPERMAINKAN RAKYAT MENGIKUT NAFSU MEREKA.

Saya suka rakyat tunjukkan kejutan bahawa MEREKA TOLAK POLITIK MEMBODOHKAN RAKYAT OLEH ANWAR DAN RAFIZI.

Rakyat termasuk penyokong dan pendokong PH perlu tunjuk sikap. Jangan bodoh semacam.


SemutApi @ FireAnt
http://semutapi-fireants.blogspot.com/

 



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan