Header Ads

ads header

Flash News

Wujud pihak monopoli buat keputusan punca pertikaian, kata Ketua Srikandi PKR


SHAH ALAM -Tindakan pihak tertentu dalam PKR yang memonopoli dalam membuat keputusan tanpa melibatkan kepimpinan lain menjadi punca wujudnya ketidakpuasan hati, kata Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail.

Sekalipun hakikat Presiden parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi perjanjian Pakatan Harapan bakal menjadi Perdana Menteri kelapan menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat dinafikan, namun barisan kepimpinan berhak diberikan ruang menyuarakan pendapat dan menerima maklumat menerusi saluran yang benar.

“Kalau cara buat keputusan dibuat dengan betul diperolehi dengan kesepkatan tidak menjadi isu tapi bila hanya dimonopoli oleh pihak tertentu dan tanpa beri ruang inilah yang berlaku

“Hampir keseluruhan kepimpinan menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri mempersoalkan cara beberapa kepimpinan membuat keputusan itu yang menjadi isu,” katanya kepada SuaraTv ketika dihubungi.

Beliau juga mengakui suara-suara pertikaian berkenaan pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson untuk Anwar bertanding menunjukkan kelemahan dalam PKR mewujudkan sistem perbincangan di antara satu sama lain sehingga pada akhirnya mewujudkan persepsi parti itu tidak mengamalkan politik matang.

Siti Aisyah selain itu tidak menolak ketidakharmonian dalam PKR yang muncul baru-baru ini juga disebabkan oleh ‘kem-kem’ yang cuba menonjol menjelang pemilihan parti.

“Bagi saya apa yang sedang berlaku adalah kerana kelonggaran dalam buat keutusan dalam suatu politik khusus PKR.

“Jika kepimpinan menghormati satu sama lain dan bekerjasama, keputusan dibuat dalam keadaan harmoni (ini tidak akan berlaku, malangnya dalam suasana pemilihan banyak kumpulan-kumpulan berganding dan melihat ancamana antara pihak tertentu dan inilah yng sedang berlaku dan akhirnya dilihat masyarakat sebagai tidak matang,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar agar semua pihak menghormati proses transisi bapanya menjadi Perdana Menteri.

Nurul dilihat berkata demikian setelah beberapa pemimpin PKR menyatakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan ‘Langkah PD’ yang didakwa tidak dibuat berdasarkan saluran yang betul dan perbincangan dalam parti. -SuaraTv


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Nampak sangat tak hormat Boss. Boss dah buat keputusan akur je lah. Dia nak beritahu ke tidak itu hak dia... itu le boss nama dia. Nak mesyuarat sana sini buat apa buang masa je. Lagi pun memang kena jadi MP baru boleh jadi PM.

    BalasPadam
  2. Boss kuat buli tentulah kena lawan.

    BalasPadam