Header Ads

ads header

Flash News

3 ahli lembaga pengarah diganti, tapi tiada cadangan bubar 1MDB


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang memulakan proses penggulungan syarikat 1MDB, memandangkan siasatan berkaitan penyelewengan dana syarikat itu masih berjalan.

Kementerian Kewangan dalam satu jawapan bertulis kepada soalan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bahru) bertarikh 15 Oktober yang ingin tahu mengenai perkara itu, berkata usaha membawa balik aset 1MDB di luar negara giat dijalankan pelbagai pihak berkuasa.

Menjawab pertanyaan Takiyuddin mengenai senarai penuh pengerusi dan ahli lembaga pengarah syarikat 1MDB dan syarikat subsidiarinya sekarang, Kementerian Kewangan berkata, lembaga pengarah 1MDB kini dianggotai 3 orang, iaitu Datuk Asri Hamidon selaku pengerusi lembaga pengarah, manakala Datuk Kamal Mohd Ali dan Datuk Norazman Ayob selaku ahli lembaga pengarah.

Jawapan bertulis itu diperoleh media pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut jawapan bertulis itu, 1MDB mempunyai 22 syarikat subsidiari dan Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) bersetuju menamatkan ahli lembaga pengarah sedia ada, digantikan dengan pegawai Kementerian Kewangan, iaitu Asri, Datin Rashidah Mohd Sies dan Mohd Hisyamuddin Awang Abu Bakar.

Sebanyak 22 syarikat subsidiari 1MDB itu merangkumi 13 di dalam negara, 6 di Labuan dan 3 lagi syarikat didaftarkan di Kepulauan Virgin British.

Syarikat yang terletak di dalam negara adalah 1MDB Energy Holdings Sdn Bhd, 1MDB Synergy Sdn Bhd; Ivory Merge Sdn Bhd; Merpati Energy (Langat) Sdn Bhd; Pelita Merpati Sdn Bhd; Plentitude Mentari Sdn Bhd; PM Global Energy Bhd, PM Power Sdn Bhd dan Powertek Investment Holdings Sdn Bhd, Sino-Malaysia Holdings Sdn Bhd, Tadmax Power Sdn Bhd, Tenaga Merpati (Jimah) Sdn Bhd dan Timeline Zone Sdn Bhd, 1MDB Energy.

Enam syarikat subsidiari di Labuan adalah 1MDB Energy (Langat) Ltd, 1MDB Energy Holdings Ltd, 1MDB Energy Investments Ltd, 1MDB Energy Ltd, Infrastructure Capital Ltd dan Ivory Point Ltd.

Anak syarikat 1MDB di Kepulauan Virgin British adalah Brazen Sky Ltd, Global Diversified Investment Company Ltd dan Malaysia Investment Company Ltd.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Harap para MP memantau terus perkembangan lubuk do-it (1MDB) ini. Kita tidak mahu lubuk ini di lepaskan dari mulut kleptokrat tapi masuk mulut klepetkrat.

    BalasPadam