Header Ads

ads header

Flash News

Ahli majlis perbandaran dikuasaai bangsa CINA. Tepat pandangan tuan guru Hj Abdul Hadi Awang presiden PAS


Antara faktor yang menyebabkan perpecahan Pakatan Rakyat dahulu, selain faktor serangan DAP kepada Islam secara terbuka, adalah pendirian PAS melalui TGHH yang menolak hasrat dan impian DAP untuk mengadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan. Akibat pandangan yang tidak popular ini, ketika itu, beliau dikecam.

TGHH dengan tegas menolak cadangan tersebut kerana ia akan merugikan umat Islam kerana komposisi melayu/ Islam yang tidak sekata antara bandar dan luar bandar. Natijahnya, bandar-bandar akan dikuasai oleh non-Muslim atau Cina, secara tepatnya.

Pandangan TGHH sejak 4-5 tahun yang lalu, akhirnya di akui oleh Tun Mahathir baru-baru ini di dalam suatu wacana, apabila beliau ditanya perihal Pilihanraya PBT yang termaktub dalam manifesto PH.

Tun Mahathir berpandangan pilihanraya tersebut akan menguntungkan Cina kerana majoriti Melayu berada di luar bandar. Maka, ia bukan keutamaan untuk dilaksanakan.

Begitu hebat pandangan Presiden PAS, merentas masa dan berpandangan jauh. Latar belakang akademik beliau yang mempunyai Sarjana Politik Islam dan menjawat jawatan di dalam Kesatuan Ulama Sedunia, sudah cukup membuktikan pandangan politik dan agama beliau adalah relevan...

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Ulamak perlu didampingi

    BalasPadam
  2. Pas tidak sempurna, pemimpin pas tidak maksum, tapi sayangnya umat Islam menghukum pas dan ulama seolah2 pas dan ulama wajib maksum. Pas dan ulama harus jadi pilihan dikala negara diancam dengan pelbagai isu yang boleh mengancam syiar Islam. Umat Islam mesti bersatu ke arah amar makruf nahi mungkar. Jangan lepas dah pilih PH yang kononnya tidak akan mengenepikan Islam, jelas ibarat pasu bunga, kita terus berdiam diri bertolak ansur, silap nanti ditolak beransur-ansur

    BalasPadam
    Balasan
    1. (1) Saya menafikan andaian yang tidak berasas [Quote] Pas tidak sempurna, pemimpin pas tidak maksum, tapi sayangnya umat Islam menghukum pas dan ulama seolah2 pas dan ulama wajib maksum[Unquote] kerana selama ini saya tidak pernah menemui penyokong dan ahli PAS yang membuat dakwaan tersebut. Maka andaian itu adalah tidak benar.

      Sebenarnya dakwaan ini dicipta oleh musuh PAS yang terdiri dari puak Syiah, puak munafik liberal dan puak kafir harbi untuk menfitnah PAS.

      Fakta: Tidak ada lagi manusia yang MAKSUM setelah Nabi Muhammad S.A.W. .


      (2) Saya bersetuju dengan pendapat:

      "Pas dan ulama harus jadi pilihan dikala negara diancam dengan pelbagai isu yang boleh mengancam syiar Islam. Umat Islam mesti bersatu ke arah amar makruf nahi mungkar. Jangan lepas dah pilih PH yang kononnya tidak akan mengenepikan Islam, jelas ibarat pasu bunga, kita terus berdiam diri bertolak ansur, silap nanti ditolak beransur-ansur".

      Pada masa ini parti Islam PAS adalah pilihan paling baik untuk membela Islam dan hak umat Islam yang sedang diancam oleh puak Syiah, puak munafik liberal dan puak kafir harbi.

      Padam
  3. Orang Melayu perlu bijak dalam politik supaya mereka tidak ditipu dan ditindas oleh puak munafik liberal dan puak kafir di dalam negara sendiri.

    BalasPadam