Header Ads

ads header

Flash News

Ahli Parlimen PH Terdiam Anifah Aman 'Sekolahkan' Saifuddin



KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anifah Aman (Bebas-Kimanis) membidas Datuk Saifuddin Abdullah kerana mencadangkan ucapan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-73 diangkat sebagai dasar luar negara Malaysia Baharu.

Terdiam wakil-wakil rakyat kerajaan apabila menteri mereka dibidas dan ‘disekolahkan’ Anifah Aman serta tiada seorang pun ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dilihat berani bangun dan mencelah pada awal perbahasan Anifah yang menyasarkan kepada Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Anifah yang merupakan bekas Menteri Luar selama dua penggal pada era kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan nada sinis menyifatkan pembentangan usul Saifuddin itu sebagai ‘menghina’ Malaysia.

Bekas menteri luar negeri itu berkata tiada apa yang baharu dalam ucapan perdana menteri 29 September lalu itu, cuma menegaskan dasar luar negara sedia ada.

“Saya ingat yang baru cuma menteri saja, dasar ini memang wujud. Ini seolah-olah Malaysia sebelum kerajaan Pakatan Harapan tidak mempunyai dasar,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anifah menggesa Saifuddin supaya berbincang dengan para pegawai kementerian dan menumpukan kepada pemerkasaan Wisma Putra, lebih-lebih lagi apabila apa yang diusulkan hari ini bukanlah dasar baharu tetapi cadangan menteri.

Bukan itu sahaja, Anifah turut menyifatkan cadangan dibangkitkan oleh Saifuddin untuk menjadikan ucapan Dr. Mahathir sebagai dasar hanya layak dikemukakan kepada pelajar di bangku sekolah dan bukannya di Dewan Rakyat.

“Yang baharu hanya menteri saja, dasar (luar) itu memang wujud, jangan cakap seolah-olah sebelum kerajaan ini (Pakatan Harapan) tiada dasar.

“Nasihat saya, ambil masa untuk perkasakan Wisma Putra kerana kakitangannya semua amat berkemampuan, termasuk dalam mengupas isu Palestin.

Anifah yang juga bekas Menteri Luar menasihatkan penggantinya supaya belajar meneliti kandungan ucapan sebelum tampil membentangkannya untuk dibahaskan di Parlimen.

“Kalau kata ini semua dasar baharu, itu tidak berapa tepat. Selaku bekas Menteri Luar, saya pergi ke lebih 70 negara, antaranya terbabit dengan isu hak kemanusiaan, justeru dengar nasihat ini.

“Sebelum berucap, belajar dulu. Balik kawasan, nak canang mengenai dasar luar Malaysia baharu atau dijual kepada budak sekolah mungkin boleh terima, tapi di sini (Parlimen), mantan Menteri Luar ada dalam dewan,” katanya.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan: