Header Ads

ads header

Flash News

Anjur Oktoberfest simbol biadab


SHAH ALAM - Pemuda Pas menyifatkan penganjuran pesta arak, Oktoberfest secara terbuka sebagai simbolik kebiadaban pihak tertentu.

Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata penganjuran itu juga mencerminkan sikap tidak menghormati agama dan budaya majoriti umat Islam di negara ini.

“Pesta arak tersebut pasti akan mengundang perilaku buruk sekaligus memudaratkan orang lain. Pemuda Pas kekal berpendirian bahawa orang-orang bukan Islam tidak ditegah untuk minum arak. Mereka berhak minum arak selagi mana tidak mengganggu gugat kepentingan orang lain.

“Contoh gangguan seperti pergaduhan, kemalangan dan pembunuhan boleh berlaku disebabkan hilang pertimbangan kewarasan akal. Bagi orang Islam, hukum minum arak adalah haram secara jelas,” katanya dalam satu kenyataan.

Namun begitu, tegasnya tiada keperluan bagi menganjurkan pesta arak di negara ini.
“Kebanyakan negara luar juga menghalang pesta arak tersebut kerana impaknya agak kritikal seperti perlakuan jenayah, kerosakan harta benda dan kematian.

“Tidak ada sebab dan keperluan untuk membenarkan pesta arak tersebut dilakukan di negara ini,” katanya.

Beliau sempat mengingatkan umat Islam agar bimbang dengan kemurkaan ALLAH SWT.

“Sekali lagi ingin ditegaskan bahawa Pas tidak menghalang orang bukan Islam minum arak tetapi tidak sesekali bersetuju dengan penganjuran pesta tersebut.

“Umat Islam harus bimbang sekiranya kemungkaran dizahirkan maka ia akan mengundang kemurkaan dari ALLAH SWT,” katanya.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan