Header Ads

ads header

Flash News

Anwar didakwa umum tiga projek, calon bebas lapor polis


PORT DICKSON, 8 Okt — Calon Bebas hari ini membuat laporan polis berikutan Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba menyogok pengundi pilihan raya kecil (PRK) di sini.

Melaporkannya di balai polis di sini jam 12 tengah hari, Stevie Chan Keng Leong mendakwa ketua umum PKR memaklumkan ada tiga projek untuk pengundi, lapor Malaysiakini.

Tiga projek itu ialah pelancongan hotel lima bintang, program latihan penerbangan dan program pendidikan seperti tuisyen percuma.

“Kami percaya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melanggar Seksyen 10(a) dan (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang berkaitan dengan penyogokan,” katanya.

Sebelum ini, calon Bebas Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa ada calon menggunakan platform tentera dan kenderaan rasmi dalam kempen tersebut.

Tanpa menyebut nama, bekas pembantu Anwar mendedahkan calon berkenaan turut menggunakan masjid untuk kempen, kononnya atas nama tazkirah.

Sementara itu, Anwar berkata semua program yang diumumkannya melibatkan badan bukan kerajaan (NGO), bukannya kerajaan, lapor Berita Harian.

“Ini (program) NGO tak ada kena mengena dengan kerajaan,” katanya mengulas tindakan Chan yang mendakwa beliau melanggar peraturan kempen.

MR : Tak payah lapor, PH dah ambil perangai BN semua mereka buat betul belaka....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan