Header Ads

ads header

Flash News

Arab Saudi mengakui Jamal terbunuh


Riyadh hari ini mengakui, wartawan dan penulis terkenal, Jamal Khashoggi terbunuh dalam pergaduhan di dalam Pejabat Konsul Besar Arab Saudi di sini, pada 2 Oktober lalu.

Stesen televisyen Arab Saudi mengesahkan Timbalan Ketua Perisikan, Jeneral Ahmed al-Assiri dan Saud al-Qahtani, pegawai kanan kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman, telah dipecat berikutan kejadian itu.

“18 rakyat Arab Saudi telah ditangkap sebagai sebahagian daripada siasatan yang dijalankan ke atas kejadian itu,” kata stesen televisyen itu.Ini adalah kali pertama Riyadh mengakui Jamal, 59 tahun, yang juga kolumnis The Washington Post terbunuh. Sebelum ini, Arab Saudi menafikan segala tuduhan bahawa wartawan itu dibunuh di dalam pejabat konsulatnya di Istanbul.

Laporan dalam media rasmi Arab Sau Sign in di dibuat susulan perbualan menerusi telefon antara Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengenai kes itu.

Pejabat Peguam Negara Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata, pergaduhan tercetus antara Jamal dan individu yang menemuinya di dalam konsulat dan berakhir dengan kematian.

“Siasatan masih diteruskan dan 18 rakyat Arab Saudi telah ditangkap,” katanya yang menjelaskan Saud al-Qahtani adalah anggota Mahkamah Diraja Arab Saudi dan penasihat kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Jeneral Ahmed al-Assiri pula sebelum ini adalah jurucakap kepada pakatan tentera Arab yang menyerang Yaman.

Tiga lagi pegawai kanan perisikan negara itu, Mohammad bin Saleh Al-Rumaih, Abdullah bin Khalifa Al-Shaya dan Rashad bin Hamed Al-Muhamadi, juga dipecat.

Jamal, wartawan Arab Saudi yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) kerana bimbang ditangkap dalam operasi besar-besaran diketuai Putera Mahkota Mohammed tahun lalu, ‘hilang’ selepas memasuki Pejabat Konsul Besar Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu, untuk menguruskan dokumen perceraiannya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di mana mayat Jamal dikebumikan. Siasatan masih dijalankan. – Agensi
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan