Header Ads

ads header

Flash News

Azmin tewaskan Rafizi di Kedah dengan kelebihan 117 undi


ALOR SETAR - Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendominasi persaingan jawatan Timbalan Presiden parti itu apabila mendahului pencabarnya, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli pada pemilihan PKR Kedah fasa satu yang berlangsung di 10 cabang di negeri ini hari ini.

Sebanyak10 cabang tersebut adalah Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Alor Setar, Kuala Kedah, Pendang, Sik dan Baling.

Keputusan pemilihan di Kedah yang dimuat naik di laman berkenaan pukul 7 petang tadi, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi mendapat kelebihan undi 117 undi.

Mohamed Azmin berjaya memperoleh 1,148 undi manakala Mohd. Rafizi pula menerima 1,031 undi.

Bekas Menteri Besar Selangor itu yang mempertahankan jawatan Timbalan Presiden parti mendapat sokongan Baling, Sik, Padang Terap, Jerlun, Kuala Kedah dan Pendang.

Sementara itu, Mohd. Rafizi mendapat sokongan di Cabang Kubang Pasu, Alor Setar, Pokok Sena dan Langkawi.

Berdasarkan keputusan muktamad pemilihan di Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Johor dan Perlis sebelum ini mendapati Mohamed Azmin mendahului Rafizi dengan jumlah majoriti sebanyak 1,123 undi.

Mohamed Azmin memperoleh 35,415 undi manakala Rafizi mendapat 34,296 undi.

Sementara itu, saingan bagi Ketua Cabang Alor Setar menyaksikan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah, Zamri Yusof menewaskan pencabarnya Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Alor Setar, Ismail Feisol.

Zamri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Suka Menanti memperoleh 161 undi manakala Ismail pula 150 undi.

Pemilihan PKR Kedah fasa dua pula akan berlangsung esok melibatkan lima cabang lagi iaitu Jerai, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu.

Jumlah keseluruhan ahli PKR yang berdaftar dan layak membuang undi di 15 cabang di negeri ini ialah seramai 49,924 orang. - K! ONLINE

MR : Azmin menang atai kalah PKR sudah tentu akan berpecah, hanya masa sahaja menentukan untuk terburai....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan