Header Ads

ads header

Flash News

Bahaya Liberalisme! - Siri 1



1. Ketika Allah SWT menciptakan Adam A.S, Allah telah perintahkan Iblis untuk sujud kpd Adam tapi Iblis enggan.

2. Iblis berjanji sesatkan anak2 Adam drpd patuh kpd Allah & minta Allah memanjangkan usianya hingga kiamat. Iblis masih wujud. Allah mengizinkan Iblis menyesatkan manusia kecuali hamba2Nya yang beriman. Sudah pasti Iblis ada tentera2nya dari kalangan manusia iaitu Yahudi & Nasrani.

4. Buktinya, ayat 120 Al-Baqarah: Yahudi & Nasrani tidak sekali2 redha selagi umat Islam tidak ikut jalan sesat mereka. Hari ini: jalan sesat itu adalah fahaman Liberalisme. Malangnya, ada generasi muda anggap ayat 120 yg kita baca itu adalah ‘buruk sangka’ kpd orang berfahaman Liberal.

6. Bukan kita buruk sangka. Allah sebut jelas, Yahudi, Nasrani mmg tak puas hati dgn orang beriman. Jelas. Bahkan, Nabi SAW sebut bhw pemesongan akidah tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia berlaku sedikit demi sedikit, halus tanpa disedari.

8. Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah umat2 sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang Engkau maksudkan?” Nabi S.A.W menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Muslim)

Oleh itu, ideologi Liberalisme ini berlaku secara tersembunyi dan bahaya tanpa disedari.

10. Sejarah Liberalisme. Bagaimana liberalisme berlaku, ianya lahir di negara Barat! Tiada kena mengena langsung dengan sejarah kita (umat Islam). Negara Barat hidup dalam kegelapan ketika zaman lebih kurang 600 Masihi, kenapa? Kerana mereka hidup berpandukan ajaran gereja & Bible yg telah diselewengkan.

12. Bible ketika itu sudah seleweng, bercampur aduk dengan ajaran2 ciptaan paderi, bahkan tiada Injil yang asli pun. Lama kelamaan, ajaran paderi semakin pelik hingga logik akal manusia yang normal zaman itu terpaksa tolak!

14. Saintis bangkit menolak ajaran2 gereja di zaman yg dikenali Zaman Rennaisance. Cthnya, Gallileo Galilie membuktikan pusat alam semester adalah Matahari & bukan Bumi

Saintis yang seangkatannya diseksa & dibunuh oleh paderi kerana bertentangan dgn ajaran Bible.

16. Penolakan keras orang Barat kepada penyelewengan Kristian menyebabkan hari ini majoriti orang Barat tidak beragama! Baruch Spinoza, pengkritik ajaran Bible menyeru supaya ‘kitab suci Bible’ perlu dibaca seperti buku sastera. Sedar atau tak, hari ini sudah ada orang menyeru dalam negara kita utk baca Quran macam baca buku sejarah. Quran boleh dikritik. Ada isi yg relevan, ada yg x relevan! Wujud mereka yg mentafsir Quran tanpa mengikuti disiplin ilmu syarak. Sesuka hati mengeluarkan tafsiran sendiri yang sehaluan dengan ideologi Liberalisme!

19. Perangai mengkritik wahyu Allah SWT ini secara tidak sedar diikut dari perangai orang Barat mengkritik Bible. Quran itu terpelihara oleh Allah SWT, tidak seperti Bible yang telah diselewengkan oleh tangan manusia.

21. Sekali lagi, sejarah orang Barat ini tiada kena mengena dengan sejarah Islam langsung. John Locke, bapa Liberalisme menyatakan bahawa apabila berlaku pertembungan antara wahyu dengan akal, maka hendaklah didahulukan akal! Hari ini anda boleh lihat sendiri ramai yang mendahulukan akal dalam memberikan pandangan berbanding merujuk Quran & Hadis dulu! Isaac Newton, memperkenalkan teori sebab & musabab, iaitu selagi mana ada sebab sesuatu perkara yang boleh dibuktikan oleh sains, selagi itu tiada tuhan di sana yang masuk campur. Kerana ideologi ini, ramai orang Barat jadi ateis, tak percaya tuhan. Wujud juga golongan Kristian Protestan, yang mengakui adanya tuhan tetapi menolak ajaran kitab suci. Sikap ini juga berlaku dlm kalangan umat Islam, ada yang beragama Islam tetapi mengatakan “kita tak semestinya terikat dengan syariat & apa yang diajar oleh ulama.”

“Apa yang dalam Quran itu ada yang kekal relevan & ada yang tidak!” Pemikiran sebeginilah sedang meracuni pemikiran umat Islam negara kita terutamanya generasi muda! Sekali lagi dinyatakan ini adalah masalah orang Barat! Tiada kena mengena dengan kita pada asalnya.

27. Pemikiran sebegini lahirkan pemikiran yang menolak agama seperti Liberalisme.

Sebarkan. Wallahua’lam.



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Sebilangan Umat Islam Akan Mengikuti Kaum Yahudi Dan Nasrani hingga Masuk Lubang Biawak!

    Dari Abu Sa”id Al Khudri, ia berkata: “Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

    “Sungguh kalian (umat Islam) akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, niscaya kalian pun akan masuk ke dalamnya.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kaum Yahudi dan Nasrani?” Sabda beliau: “Siapa lagi.”
    (HR. Bukhari dan Muslim)

    “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. “
    [Al Baqarah 120]

    Kesimpulan:

    Kaum Yahudi dan Nasrani tak akan redha terhadap umat Islam sehingga ummat Islam mengikuti agama mereka.

    Sesungguhnya puak munafik liberal adalah musang berbulu ayam yang sedang bersekongkol dengan puak kafir harbi (musuh Islam) untuk menyesatkan umat Islam dengan menghina dan menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

    BalasPadam
  2. Pihak berkasa ada hak masuk premis persendirian kalau di dalamnya disyaki ada aktiviti yang bertentangan dengan undang2, contohnya pelacuran, judi dan dadah.

    Demi liberalism, apakah selepas ini kabinet dapur liberal akan buat saranan premis persendirian usah diserbu dengan alasan sama seperti laporan media ke atas pandangan Mu Jahit berhubung isu khalwat di premis persendirian?

    BalasPadam