Header Ads

ads header

Flash News

Bahaya Liberalisme! - Siri 2


1. Sejarah Barat yang menolak peranan agama telah melahirkan pegangan2 baru.

2. Pegangan pertama mereka ialah “Kebenaran itu relatif!” Ertinya kebenaran itu bergantung kepada cara org pandang sesuatu perkara. Dengan erti kata lain, tiada kebenaran mutlak di dunia ini! 🤦🏻‍♂️

4. Kalau anda bawa dalil Quran & hadis sahih sekalipun utk berhujah dengan puak liberal, mereka akan jawab kebenaran itu relatif & tiada kebenaran mutlak! Anda kata “Gay itu songsang, gay itu tak betul”, dengan hujah Quran sekalipun. Liberal akan jawab “gay songsang pada orang Islam tapi pada kami tidak.”

6. Berhujahlah dgn puak liberal macam manapun sampai bila2 tak habis.

7. Malangnya, sudah muncul suara begini dalam negara. Idea “Kebenaran itu relatif” & “Tiada kebenaran mutlak” sudah mendapat sambutan & diwacanakan oleh puak liberal ini.

9. Kita semua sedia maklum bahawa sumber wahyu dari Allah iaitu Quran & Sunnah itulah kebenaran yang mutlak. Puak liberal tergamak membincangkan semula perkara muktamad dalam asas agama Islam. Contoh, tak wajib tutup aurat, lelaki boleh solat berimamkan wanita, Quran tidak adil kerana berat sebelah kpd lelaki sahaja, Quran perlu ditafsir semula, murtad bukan jenayah dll. Seolah kita semua berhak membincangkan semula apa yang diputuskan oleh Allah SWT.

12. Fahaman sekularisme lahir dari pegangan ini dengan maksud memisahkan peranan agama daripada pemerintahan. Pegangan kedua Liberalisme ialah “Mengutamakan kebebasan individu.”

14. Bermakna seorang individu berhak melakukan apa sahaja tanpa terikat dengan peranan agama.

15. Termasuklah hak untuk murtad (keluar dari Islam) & melakukan maksiat. “Jgn tangkap org murtad, itu hak dia!”

Bayangkan, jika fahaman Liberal ini subur, makin seronok orang2 murtad, syiah & puak songsang kerana tiada undang-undang agama boleh menyekat mereka.

17. Dengan erti lain, “Beragama adalah hak peribadi mengatasi kuasa kerajaan & institusi agama!”

Anda boleh lihat mengapa puak liberal berani mempersoalkan kuasa institusi Islam & undang-undang Syariat di negara kita.

19. Mereka memandang serong fatwa-fatwa yang dikeluarkan mufti selama ini, kerana mereka anggap individu itu bebas & tak perlu ikut perintah agama. Sungguh kontradik definisi kebebasan mereka dengan kebebasan yang sebenar diajarkan oleh Islam. Islam itu membebaskan manusia daripada belenggu hawa nafsu & syaitan.

21. Tapi mereka anggap Islam pula yg ‘membelenggu’ manusia daripada kebebasan berfikir & melakukan apa saja! Pegangan ketiga Liberalisme: “Logik akal adalah panduan mengatasi segalanya.”

23. Anda bawalah apa-apa hujah Quran & Hadis, jika puak liberal rasa tak masuk akal, hujah itu tak boleh pakai! Akhir kata, semua pegangan liberalisme itu datang daripada HAWA NAFSU! Apabila hawa nafsu menjadi tuhan mereka, mereka akan menolak kebenaran Islam bahkan menolak fitrah asal manusia. Sebab itu mereka anggap seks songsang itu normal belaka!

Sebarkan. Wallahua’lam.

GERAKAN PENGUNDI SEDAR




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

8 ulasan:

  1. Puak munafik liberal telah kufur iman, murtad @ kafir kerana:

    (1)Puak munafik liberal telah menolak tafsiran Qur'an oleh para ulama Islam yang menguasai ilmu Islam yang secara menyeluruh.

    Sebaliknya, puak munafik liberal mentafsirkan Al-Qur'an berpandukan akal jahiliah dan hawa nafsu serakah mereka sendiri.

    (2) Jika ajaran Al-Qur'an bertentangan dengan kehendak hawa nafsu serakah mereka, mereka akan mempertikai dan menolak ajaran Qur'an tersebut bahkan mereka menghina ajaran Qur'an tersebut.

    (3) Mereka mempertikai dan menolak Sunnah.

    (4) Tindakan mereka sengaja menyalah-tafsir dan mempertikai dan menolak Al-Qur'an dan Sunnah sedangkan Al-Qur'an dan Sunnah termasuk dalam Rukun Iman.

    (5) Mereka bersekongkol dengan puak kafir harbi untuk menyesatkan umat Islam.

    (6) Puak liberal menghalalkan yang haram seperti zina, arak, judi, riba dll dan mengharamkan yang halal seperti hukum faraid, poligami, perkahwinan remaja dll.

    Antara dalil Quran Yang Menentang Ideologi Liberalisme, Sekularisme dan Pluralisme:

    (1) Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”. (QS. Al-Imram [3] : 85)

    (2) “Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam..” (QS. Al-Imran [3] : 19)

    (3) “Untukmulah agamamu, dan untukkulah agama-ku”. (QS. Al-Kafirun [109] : 6)

    (4) “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang dimuka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah”. (QS. Al-An’am [6] : 116)

    Sesiapa yang menganut ideologi Liberalisme, Sekularisme dan Pluralisme, sesungguhnya mereka telah menempah tempat mereka di dalam nereka !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:

      Sesiapa yang menganut ideologi Liberalisme, Sekularisme dan Pluralisme, sesungguhnya mereka telah menempah tempat mereka di dalam neraka !

      Padam
  2. Jika sebilangan rakyat mengundi parti munafik liberal dan parti kafir harbi, maka tunggulah bala' dari Allah yang akan menimpa negara ini. Dan ingatlah bala' itu datang dalam pelbagai bentuk.

    BalasPadam
  3. KEPUTUSAN FATWA
    MAJELIS ULAMA INDONEISA
    Nomor : 7/MUNAS VII/MUI/II/2005

    Kedua : Ketentuan Hukum


    (1) Pluralism, Sekularisme dan Liberalisme agama sebagaimana dimaksud pada bagian pertama adalah paham yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.


    (2) Umat Islam haram mengikuti paham Pluralisme Sekularisme dan Liberalisme Agama.

    (3) Dalam masalah aqidah dan ibadah, umat islam wajib bersikap ekseklusif, dalam arti haram mencampur adukan aqidah dan ibadah umat islam dengan aqidah dan ibadah pemeluk agama lain.

    (4) Bagi masyarakat muslim yang tinggal bersama pemeluk agama lain (pluralitas agama), dalam masalah social yang tidak berkaitan dengan aqidah dan ibadah, umat Islam bersikap inklusif, dalam arti tetap melakukan pergaulan sosial dengan pemeluk agama lain sepanjang tidak saling merugikan.

    Ditetapkan di: Jakarta
    Pada tanggal: 22 Jumadil Akhir 1426 H.
    29 Juli 2005 M

    BalasPadam
  4. Paham Sesat Liberal, dan Pengaruhnya Terhadap Aqidah (15.2.2018) - Ustadz Abdul Somad, Lc. MA

    https://www.youtube.com/watch?v=54gfh3npdUE

    BalasPadam
  5. Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

    Keputusan :
    i. Gerakan pemikiran liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti berikut:

    http://www.ibnuhasyim.com/2018/05/islam-liberal-keputusan-fatwa-muzakarah.html

    BalasPadam
  6. Nabi Muhammad S.A.W. telah mendedahkan kesesatan puak anti-hadis @ puak munafik liberal yang telah menolak Sunnah

    GOLONGAN ANTI HADITH
    Ertinya:

    Daripada Miqdam bin Ma’dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan”. (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, “Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt.”
    H.R. Abu Daud

    BalasPadam
  7. Awas wahai umat Islam! PKR adalah parti liberal dan menjadi ahli Liberal International sejak 2011 di Kongress Manila!!!

    BalasPadam