Header Ads

ads header

Flash News

Bapa berleter dipenggal kepala


IPOH – Gara-gara tidak tahan kerap dimarahi bapanya kerana menghisap syabu, seorang penganggur bertindak kejam dengan memenggal kepala warga emas itu sebelum badannya dikerat enam dalam kejadian di Kampung Kanthan Baru di sini semalam.

Mayat You Su Kim, 74, ditemui di dua lokasi iaitu dalam sebuah tangki kumbahan najis sedalam 1.5 meter dan dalam lubang yang digali di belakang rumahnya. Jarak tangki kumbahan najis dan lubang digali suspek ialah kira-kira 12 meter.

Kejadian ngeri tersebut di­sedari anak perempuan warga emas itu pada pukul 9 pagi selepas dia menemui beberapa kesan darah di tilam, bantal dan dinding rumah tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata, susulan penemuan mayat warga emas berkenaan, polis menahan anak lelaki mang­sa yang berusia 52 tahun pada pukul 1.32 petang ketika suspek menaiki kereta baru sampai ke rumah tetapi cuba melarikan diri.

Menurut beliau, daripada siasatan, jiran memberitahu mereka terdengar pergaduhan antara dua beranak itu pada pukul 7 malam kelmarin.

“Suspek telah menunjukkan sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk memenggal dan memotong badan bapanya di dalam salah sebuah bilik di rumah tersebut,” kata beliau di lokasi kejadian semalam.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan