Header Ads

ads header

Flash News

Bekas menteri nafi cabul remaja, dakwa hanya salah faham


KUALA LUMPUR, 29 Okt — Seorang bekas menteri kabinet menafikan dirinya terlibat kes cabul seorang gadis bawah umur 20 Oktober lalu.

Wakil rakyat Perlis itu sebaliknya mendakwa kejadian itu cuma salah faham dan tiada niat menyentuh remaja berusia 15 tahun, lapor BH Online.

“Saya sudah kenal mereka lama, sudah hampir dua tahun dan sewaktu kejadian yang kononnya ‘cabul’ itu bukan berlaku di tempat yang sunyi tetapi di khalayak ramai,” katanya kepada portal itu.

“Saya tak mahu panjangkan perkara ini kerana kasihan kepada pelajar itu dan dia ada masa depan yang cerah.”

Beliau turut menafikan dakwaan menyogok sehingga keluarga mangsa menarik balik laporan polis.

Kes pada awalnya didedahkan Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan di Twitter semalam.

Ketua polis Perlis mengesahkan pihaknya masih meneruskan siasatan kes terbabit walaupun aduan terhadap ahli parlimen itu ditarik balik.

SAC Noor Mushar Mohd berkata kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan