Header Ads

ads header

Flash News

Bung Moktar minta maaf, terlepas hukuman kes mencarut


KUALA LUMPUR, 18 Okt — Datuk Seri Bung Moktar Radin bernasib baik hari ini apabila tidak dikenakan tindakan tatatertib atas ucapan mencarutnya di Parlimen pada Ogos lalu.

Ahli parlimen Umno itu meminta maaf kerana menyebut “f*** you” dalam persidangan Dewan Rakyat pada 7 Ogos lalu ketika beliau dikaitkan dengan fotonya masuk ke kasino.

“Saya dengan suci hati memohon maaf kepada yang dipertua dan juga kepada dewan yang mulia ini terutama sekali ahli-ahli parlimen wanita,” kata ahli parlimen Kinabatangan.

“Saya memberi jaminan perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapan dan dengan rendah diri berharap permohonan maaf saya dapat diterima dengan suci hati, terutama sekali [wakil] Shah Alam [Khalid Samad].”

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin sebelum ini mengusulkan Bung Moktar dirujuk ke jawatankuasa tatatertib dewan atas kelakuannya.

Selepas permohonan maaf tersebut, usul itu digugurkan.

Bung Moktar mencarut kepada Willie Mongin (PKR-Puncak Borneo) ketika berbahas usul memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ungkapan berbahasa Inggeris itu terhambur apabila diusik Willie dengan isu kasino, yang dikaitkan dengan Bung Moktar di media sosial.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Isu peribadi di luar dewan tak payahlah masuk dalam dewan. PH kena ingat bahawa banyak isu peribadi wakil mereka yang mana kalau masuk dewan akan menjadikan dewan tak cukup masa untuk membincangkan isu2. Apapun itulah sikap azali kaduk naik junjung. Mereka boleh buat tapi kalau orang lain buat mereka akan kata "foul".

    BalasPadam