Header Ads

ads header

Flash News

Dakwaan kes liwat di Singapura, Anwar beri kerjasama


PORT DICKSON, 9 Okt — Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan memberi keterangan berhubung dakwaan beliau disiasat oleh pihak berkuasa Singapura kerana terbabit dalam kes liwat di negara itu sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson berakhir.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, DSP Mohd Faisal Mohd Noor yang mengesahkan perkara itu berkata buat masa ini, wakil Anwar telah mengesahkan akan memberikan sepenuhnya kerjasama bagi siasatan berkenaan.

“Kami belum lagi mengambil keterangan Anwar kerana dia masih sibuk dengan kempennya tetapi kami telah dimaklumkan bahawa dia akan bekerjasama. Keterangan Anwar akan diambil sebelum hari mengundi PRK berakhir Sabtu ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Faisal berkata setakat ini mereka telah merekodkan keterangan daripada empat individu termasuk pengadu iaitu Pengarah Komunikasi Strategik PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, yang membuat laporan polis berhubung berita palsu berkenaan, 1 Okt lepas.

Selain Ahmad Fahmi, tiga lagi individu lain ialah anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam, wakil media dari Singapura serta wakil media Utusan Malaysia juga telah selesai memberi keterangan.

Pada 30 Sept lepas, Lokman Noor menerusi satu hantaran dalam akaun Facebook miliknya memetik sumber berita mendakwa kononnya Anwar disiasat oleh pihak berkuasa Singapura kerana terbabit dalam kes liwat di negara itu.

Bagaimanapun, portal berita tersebut yang berpangkalan di republik itu menafikan telah mengeluarkan berita tersebut dan semakan juga mendapati Lokman Noor telah memadamkan kiriman berkenaan di laman sosialnya. — Bernama


MR : Macam ada sesuatu diluar 'darjah fikiran' kita....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Amaran awal buat DSAI supaya tidak lawan boss. Kalau lawan juga episod seterusnya akan bermula. Ke penjara sg buluh atau keinginan nak jadi PM mesti dikuburkan.

    BalasPadam