Header Ads

ads header

Flash News

Datuk Rozman Isli dijangka keluar UMNO masuk Warisan


Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dilaporkan akan meninggalkan Umno esok.

Menurut laporan Astro Awani, Rozman kemungkinan besar menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Rozman tidak menafikan atau mengesahkan spekulasi itu namun memberi gambaran beliau mempunyai banyak perkara untuk dikatakan.

"Saya akan memberi kenyataan rasmi esok (Khamis) dan sekarang sedang menyediakan kenyataan itu.

"Banyak perkara yang akan dimuatkan dalam kenyataan itu," katanya dipetik sebagai berkata.

Sekiranya spekulasi itu benar, Rozman akan menjadi anggota parlimen Umno yang keenam meninggalkan parti.

Dengan hanya 48 anggota parlimen yang tinggal, ia akan menjadikan Umno bukan lagi parti terbesar dalam Dewan Rakyat.

Ketika ini, Umno dan PKR masing-masing merupakan parti terbesar di Dewan Rakyat dengan 49 kerusi.

PKR sebelum ini mempunyai 50 kerusi namun berkurang satu kerusi setelah kerusi Port Dickson dikosongkan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK).

PKR akan mempunyai 50 kerusi semula sekiranya Anwar menang dalam PRK itu Sabtu ini.

Laporan itu berkata Rozman dijangka menyerahkan borang keanggotaan kepada Timbalan Presiden WARISAN Darell Leiking.

Darell dijadualkan mengunjungi Labuan esok.

Bulan lalu, Anggota Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman dan Anggota Parlimen Jeli Datuk Mustapha Mohamed keluar Umno.

Sebelum itu, tiga anggota parliemen Umno telah meninggalkan parti itu. Mereka ialah Anggota Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Anggota Parlimen Bagan Serai Datuk Noor Azmi Ghazali.

MR : Selepas ini parti Warisan pun rosak jadi macam UMNO....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan