Header Ads

ads header

Flash News

Enam pengsan, bersesak beli tiket Terengganu lawan Perak


KUALA TERENGGANU, 25 Okt — Enam penyokong Terengganu FC termasuk wanita pengsan ketika bersesak untuk mendapatkan tiket final Piala Malaysia Sabtu ini.

Lebih 2,000 penyokong berebut-rebut di kaunter tiket dalam perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah tengah hari ini, lapor Berita Harian.

“Seorang perempuan berusia 25 tahun yang berada di hadapan saya pengsan dan terpaksa dikejarkan ke hospital,” kata Syafiq Che Alias, 28, yang beratur sejak 4 pagi.

“Difahamkan wanita itu beratur seawal jam 11 malam dan tidak sempat makan menyebabkan dia pengsan”.

Beliau menyifatkan penjualan kali ini paling teruk dalam sejarah kerana “kawalan” tidak dibuat menyebabkan orang ramai “beratur tanpa disiplin”.

Ku Khairi Ku Amri, 24, pula berkata kaunter tiket sepatutnya dibuka 10 pagi tetapi dianjak kepada 10.30 pagi hingga menyusahkan mereka.

“Kebiasaannya jam 8 pagi sudah mula dijual, perbuatan mereka itu seperti sengaja menyeksa penyokong,” katanya yang beratur sejak 9.30 malam tadi.


MR : Belum dengar lagi berita ada yang pengsan kerana berebut nak masuk masjid....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan: