Header Ads

ads header

Flash News

Ezam terkejut terima 'foto, video' politik wang kem Rafizi


KUALA LUMPUR, 16 Okt — Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor mendakwa pihaknya memperoleh “foto dan video” amalan politik wang dalam pemilihan PKR melibatkan kem Rafizi Ramli.

Menyifatkan pendedahan berhubung politik wang dalam PKR sebagai serius, pengerusi Hisbah “terkejut” apabila beliau menerima bukti pelakuan sedemikian dalam kem naib presiden PKR.

[...] Hisbah telah berusaha mendapatkan laporan langsung dari lapangan dan terkejut menerima foto dan video perlakuan politik wang termasuk yang membabitkan kem Rafizi sendiri,” katanya di Facebook hari ini.

Bekas senator berkata Hisbah, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), akan menyerahkan bukti tersebut kepada pihak berkuasa dan beliau mahu siasatan menyeluruh dibuat segera.

Bekas ketua angkatan muda PKR juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan NGO mengambil “langkah perlu” membanteras amalan politik wang.

Beliau berkata Hisbah mahu memastikan Malaysia tidak lagi melalui “putaran kerenah ahli politik yang hidup dengan politik wang” hingga boleh “menjahanamkan” negara.

“Mereka yang curang dengan agenda reformasi tanpa mengira berapa besarpun pangkatnya dan dari parti mana pun dia mesti dinyahkan dari menjadi sebahagian kerajaan reformasi ini,” katanya.

Ketinggalan undi berbanding Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi saingan jawatan timbalan presiden PKR setakat ini, Rafizi mendakwa wujud politik wang ratusan ribu ringgit di beberapa negeri.

MR : Macam Mahathir juga kata Najib perompak, dia penyamun....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. nampaknya tiada yang berseh dalam PKR bila nak habis agenda rebut kuasa

    BalasPadam