Header Ads

ads header

Flash News

Jika Kit Siang mahu bukti diskriminasi, tanya menteri kewangan, kata Hadi


PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa pemimpin DAP Lim Kit Siang bertanyakan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung dakwaan kepimpinan parti itu tidak bersetuju dengan cadangan mengembalikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

Presiden PAS itu berkata Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk mengembalikan royalti kepada negeri tetapi pembayaran kepada Kelantan dan Terengganu terhalang.


“Perdana menteri telah bersetuju untuk mengembalikan royalti terus kepada negeri sebagaimana dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Namun pembayaran kepada Kelantan dan Terengganu terhalang. Jika saudara Lim mahukan bukti, sila tanya menteri kewangan,” katanya di Facebook.

Lim semalam mendesak Hadi untuk membuktikan diskriminasi DAP terhadap pantai timur Semenanjung dengan tidak menyokong pembangunan saksama di Kelantan dan Terengganu.

Hadi menurut Berita Harian juga berkata kepimpinan DAP tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengembalikan royalti minyak kepada negeri pengeluar termasuk Kelantan dan Terengganu.

Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya umum 9 Mei lalu menjanjikan 20% royalti kepada pengeluar minyak.

Perdana menteri ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) di Dewan Rakyat 18 Oktober lepas berkata pembangunan Sabah dan Sarawak akan diberi keutamaan dan kerajaan akan mengagihkan pendapatan minyak dan gas secara saksama bagi mencapai matlamat itu.

MR : DAP memang tak mahu negeri-negeri kuasaan Melayu terus maju, itu hakikatnya....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Perdana menteri ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) di Dewan Rakyat 18 Oktober lepas berkata pembangunan Sabah dan Sarawak akan diberi keutamaan dan kerajaan akan mengagihkan pendapatan minyak dan gas secara saksama bagi mencapai matlamat itu. Busuknya hati

    BalasPadam