Header Ads

ads header

Flash News

JPP PKR: Pakar IT sahkan 2,001 data undi hilang di Melaka


Sejumlah data undi yang 'hilang' di lima cabang Melaka pada pemilihan PKR Sabtu lalu bukan manipulasi data, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Adzman Hedra.

Beliau berkata sekumpulan pakar teknologi maklumat (IT) yang dijemput oleh JPP untuk cuba mencari semula 2,001 data undi berkenaan mengesahkan bahawa undi tersebut gagal dikesan.

"Kita telah memanggil pakar IT termasuk pakar bebas dari luar negara, juga pakar IT dari wakil calon Timbalan Presiden (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Mohd Rafizi Ramli), untuk cuba dapatkan semula undi, namun gagal.

"Mereka bersepakat memutuskan undi tersebut 'hilang' disebabkan teknikal dan bukan dimanipulasi," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Terdahulu, satu pertemuan dan perbincangan pakar berkenaan diadakan di Institut Darul Ehsan (IDE), Shah Alam.

Mengulas mengenai penyelesaian undian di lima cabang negeri Melaka, Adzman berkata, dua cara ditawarkan sama ada mengadakan keseluruhan pemilihan semula atau pemilihan semula anggota yang undinya terjejas sahaja.

"JPP berpendapat eloklah jika diberi peluang pengundi terjejas untuk dikembalikan hak mereka. Apapun ia akan dimuktamadkan kemudian," katanya.

Adzman berkata JPP juga masih meyakini integriti ‘e-undi' yang buat pertama kali dilaksanakan pada pemilihan PKR.

"Setelah melalui proses pengundian di sembilan negeri, kami yakin sistem ini masih berintegriti, cuma memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa termasuklah membina 'storan salinan' bagi mengelak kejadian undi 'hilang' berulang," katanya.

Esok 10 daripada 15 cabang di Kedah akan mengadakan pemilihan semula setelah pemilihan pada 22 September dibatalkan ekoran pergaduhan sesama anggota serta masalah teknikal sistem e-undi (undi secara digital).

Cabang terlibat ialah Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Alor Setar, Kuala Kedah, Pendang, dan Sik

Sejumlah 49,924 anggota layak mengundi di Kedah.

-Bernama


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan