Header Ads

ads header

Flash News

Jumpa rangka manusia di kuarters kosong


MUAR 26 Okt. - Satu rangka manusia ditemukan di sebuah kuarters kerajaan tidak berpenghuni di Jalan Pesta, di sini, lewat petang semalam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai penemuan rangka terbabit.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, tiada unsur jenayah dalam kejadian terbabit dan kes disiasat sebagai kematian mengejut (SDR).

“Sekeping kad pengenalan milik seorang individu turut ditemukan berdekatan rangka itu dan waris kepada penama di dalam dokumen berkenaan mengesahkan pemilik yang juga ahli keluarganya dilaporkan hilang sejak dua tahun lalu.

“Walau bagaimanapun, proses bedah siasat akan dibuat bagi menentukan punca kematian dan pengesahan identiti si mati dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini sebentar tadi. -UTUSAN ONLINE

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: