Header Ads

ads header

Flash News

Kecoh lagi pemilihan PKR


KUALA LUMPUR: Pemilihan PKR cabang Lembah Pantai kecoh dipercayai akibat perebutan pengundi antara kem dalam parti itu.

Tolak menolak dan bertikam lidah juga berlaku antara beberapa ahli yang dipercayai mewakili beberapa kem dalam PKR.

Kekecohan berlangsung kira-kira tiga minit sebelum dapat dileraikan petugas dan pihak polis.

Seorang peraih undi yang mahu dikenali sebagai Fariza mendakwa beliau cuba menarik seorang pengundi sehingga diganggu seorang ahli dari kem lain.

Dakwanya yang mengenakan baju T berlambangkan wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim, lelaki itu menyapanya dengan perkataan yang agak biadab sehingga memaksa beliau meninggikan suara.

“Lelaki itu kata ‘apa hal’ ketika saya sedang mendekati seorang pengundi,” dakwanya.

Dipercayai, peraih undi yang memakai baju berwarna hitam dengan wajah Anwar adalah memihak kepada kem Rafizi Ramli.

Menurut seorang lagi peraih undi yang terbabit dalam kekecohan itu, beliau yang enggan namanya didedahkan mendakwa seorang wanita cuba ‘mencuri’ pengundinya.

“Mereka mahu ambil pengundi kita baru sampai masuk kumpulan mereka. Mana boleh,” dakwanya.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan