Header Ads

ads header

Flash News

Kecoh selepas Maszlee diserang isu kasut, stokin di Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat gamat seketika apabila Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mendakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai isu lain selain membangkitkan isu stokin dan kasut.

Kenyataan Maszlee itu, yang sepatutnya menjawab pertanyaan berhubung isu sijil Peperiksaan Bersepadu sekolah persendirian Cina (UEC), menyebabkan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Said; Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah bangun dan menyindir sikap tidak profesional menteri pendidikan itu ketika sesi soalan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

“Ini menteri kasut ka ? Takde isu lain ka nak ketengah? Ini standard Yang Berhormat kasut,” kata Tajuddin.

Maszlee yang diasak wakil BN itu bagaimanapun tidak melayan bidasan tersebut dan meminta rakyat tidak mencontohi perbuatan Ahli Parlimen pembangkang.

“Kita kena hargai bahawa Malaysia negara demokratik. Bagi mereka yang hanya kepalanya dipenuhi dengan kasut, kita biarkan mereka.

“Kepada yang sedang menyaksikan, janganlah contohi wakil rakyat kasut seperti ini. Kita cerita 100 perkara, dia hanya ‘pick up’ satu perkara saja,” kata Maszlee.

Situasi pertikaman lidah yang berlangsung lebih 2 minit itu bagaimanapun dikawal Timbalan Speaker, Nga Kor Ming, dengan menutup pembesar suara kedua-dua belah pihak.

Sementara itu dalam soalan tambahan, Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahadzir Khalid sempat menyindir Maszlee dengan berkata beliau tidak sepatutnya melenting kerana menteri itu sendiri yang membangkitkan isu kasut sehingga ada yang menggelarnya “menteri brand kasut”.

“Simpang Renggam kesian pasal kasut ni. YB Simpang Renggam dah jadi brand kasut nak buat macam mana,” katanya.

Maszlee dalam jawapan balasnya mengucapkan terima kasih kepada Mahadzir kerana bersimpati dengan beliau.

“Saya menghargai simpati Padang Terap kepada saya, imej saya dikotorkan oleh penyokong BN sendiri,” katanya.

Isu stokin dan kasut hangat diperkatakan apabila Maszlee sebelum ini didakwa terlalu memberi perhatian kepada perkara itu, bukannya perkara yang lebih penting.

Ini berikutan pengumuman beliau pada 20 Julai lepas bahawa kerajaan sedia menimbangkan penggunaan kasut hitam di sekolah menggantikan kasut putih bagi memenuhi permintaan ibu bapa.


MR : Isu kasut bagi PH lebih penting daripada beban guru yang makin bertambah dan masalah guru terlara pun tak ada penyelesaian. Apatah lagi dengan kadar guru murung makin meningkat. KPM bawah PH hilang hala tuju....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Bukan saja pembangkang berasakan sedemikian. pembesar, rakan dan para juak PH pun rasa begitu jua. 'Penyapu baru' disindir macam2 meme kecian. Sabo jer lah Yb.

    BalasPadam
  2. Cadangan uniform pelajar:

    Kasut dan stokin hitam dan pakai kain lilit hitam dilengan sebagai tanda pakatan akan lingkup dalam PRU yang akan datang.

    BalasPadam