Kena kepala terasa pedih ulu hati
PAS sudah lali dengan politik persepsi dan fitnah, terutama sebelum PRU14. Terutama isu PAS makan duit RM90 juta daripada umno. Banyak orang termakan dengan diayah fitnah ini. Walaupun berkali-kali dijelaskan. Masih diputar oleh portal dan cyber trooper (CT) yang tidak bertanggungjawab dan pemakan dedak dan kanji ubi kayu. Menghalalkan cara untuk mencapai matlamat. Tanpa mengambil kira dosa dan pahala, syurga dan neraka.
PAS konsisten tidak bersetuju dengan politik fitnah. Tuduhan tanpa asas. PAS menyokong Akta Antiberita Tidak Benar di sidang Parlimen Mac 2018. Walaupun ada kesan negatifnya. Tetapi PAS melihat dari sudut moral dan akhlak, apakah wajar kita boleh menerima berita tidak benar.
Biasalah sifat manusia yang rakus dengan kuasa. Apabila kena kepada PAS, bersorak seantario dunia.
Tidak cukup CT di Malaysia, guna pula media dan penulis upahan di luar. Apabila kena atas kepala sendiri, baru terasa pedih sampai ulu hati atau seperti kulit yang disimbah dengan cuka getah.
Baru pandai guna istilah tabayyun, tanya dulu, siasat dulu, dengar dulu, telefon dulu, bincang dulu, dengar sampai habis, jangan baca sekerat-sekerat. Jikalau kepada orang lain, sila saman kalau tidak betul. Tuduh dulu, bicara kemudian, tuduh dahulu, maaf kemudian. Asalkan cita-cita politik songsang tercapai.
Benar firman Allah SWT bermaksud: “Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakan sendiri”. (Surah Fatir: 43)
Allah Maha Kaya dan Maha Berkuasa ke atas hamba-Nya. Hasbunallah wani’mal wakil.
USTAZ IDRIS AHMAD
NAIB PRESIDEN PAS
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
IKLAN BERBAYAR :
Syabas Ustaz Idris. Tulisan pun tepat atas kepala sesiapa yang terasa.
BalasPadam