Header Ads

ads header

Flash News

Kenapa batal projek di Sarawak, tapi lulus projek di Pulau Pinang, soal PBB


PETALING JAYA: Pemimpin PBB mempersoalkan keputusan kerajaan pusat membatalkan 65 projek kecil di Betong Sarawak, tetapi meluluskan 2 projek di Pulau Pinang yang mungkin melibatkan kos 5 kali lebih tinggi.

Naib Presiden PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, langkah membatalkan projek tersebut dengan kos sebanyak RM4.1 adalah “menjijikkan” kerana ia bertujuan membaiki mutu kehidupan penduduk kampung yang miskin di negeri itu.

Menurut laporan Borneo Post, projek terbabit termasuk lot parkir di sebuah sekolah, kerja tanah di sebuah rumah panjang, tandas awam dan naik taraf sebuah kebun.

Projek terbabit sepatutnya dilaksanakan di bawah program transformasi luar bandar negeri berkenaan tetapi dibatalkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

“Ini diburukkan lagi oleh laporan berita bahawa RM23 juta diluluskan untuk pembinaan bilik darjah di 2 buah sekolah di Pulau Pinang,” kata Karim.

Beliau merujuk kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching yang mengumumkan peruntukan untuk 2 sekolah berkenaan.

Akhbar New Straits Times memetik Teo berkata bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan untuk membina 18 bilik darjah di SJKC Kay Sin pada kos maksimum RM13 juta, dan 12 bilik darjah di SJKC Permatang Tinggi pada kos RM10 juta.

“Kedua-dua projek ini telah diluluskan dan dalam proses tender sebelum dilaksanakan tahun depan,” katanya.

Karim, yang merupakan menteri pelancongan, seni, budaya belia dan sukan negeri mendakwa Sarawak seolah-olah “dihukum” oleh kerajaan baru Putrajaya, walaupun ia adalah penyumbang utama hasil minyak dan gas.

“Ini hanya di daerah Betong,” katanya. “Saya percaya jika kita jumlahkan semua projek kecil dibatalkan yang sebelum ini diluluskan oleh JPP di negeri ini, angkanya menjadi lebih besar.”

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu FMT bahawa projek yang dibatalkan itu adalah projek asas dan kecil yang bertujuan memudahkan kehidupan rakyat.

“Bagi penduduk bandar, projek ini mungkin tidak besar, tetapi bagi orang kampung, ia penting. Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai hubungan baik dengan Pakatan Harapan (PH), tetapi ini yang berlaku kepada kami.

“Inikah nasib negeri pembangkang? Jika anda beritahu sebab pembatalannya ialah kerana kerajaan tidak ada wang, ok. Tetapi anda luluskan pula 2 projek sekolah yang lebih mahal di Pulau Pinang.”

Bekas menteri pusat itu juga berharap Ahli Parlimen PH Sarawak dapat meyakinkan kerajaan supaya mengembalikan projek berkenaan.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. sarawak tu bukan dap celaka pp tu sekolah cina..fhm sekolah cina tempat dap laknat

    BalasPadam