Header Ads

ads header

Flash News

Keranda iringi demo anti-Icerd di parlimen


Sekumpulan aktivis berhimpun di luar bangunan parlimen di ibu negara bagi membantah keputusan kerajaan untuk menandatangani Konvensyen Antarabangsa Menghapuskan Diskriminasi Kaum (Icerd), Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Berhimpun kira-kira 1km daripada pagar parlimen, mereka melaungkan pelbagai slogan anti-Icerd dan membawa keranda sebagai simbolik “kematian” bagi orang Melayu dan Islam di negara ini.

Mereka bertemu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin muda PAS terkenal parti itu Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Pemimpin-pemimpin itu kemudian mengiringi wakil demonstran ke parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada kerajaan.

Beberapa pemimpin akar umbi Umno tutur kelihatan dalam acara itu, selain aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan kumpulan pelajar pro-PAS Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS)

MR : Suara rakyat perlu juga diselangi dengan suara Islam agar mereka yang mentadbir tidak membiar Islam dikotak katikkan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Mana pegi ulama you tube. takkan diam je kut.

    BalasPadam
  2. Puak munafik liberal dan puak kafir harbi laknatullah adalah musuh Islam sangat jelas kerana mereka berusaha untuk menghapuskan hak Islam, hak umat Islam dan hak kaum Melayu dengan menandatangani Konvensyen Antarabangsa Menghapuskan Diskriminasi Kaum (ICERD.

    Dengan menandatangani ICERD, manusia akan bebas melakukan kemungkaran dan kesesatan tanpa sebarang halangan undang-undang kerana kononnya setiap manusia mempunyai hak kebebasan individu. Bukankah ICERD ini jelas untuk menyesatkan umat Islam?

    Maka manusia akan bebas untuk murtad dan proses murtad akan menjadi semudah menukar baju. Maka kita tidak akan terkejut jika ICERD dilaksanakan di negara kita , terdapat kemungkinan keluarga Melayu akan terdiri dari penganut Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Judaisme dan atheis.

    Pakatan syiah-liberal-kafir boleh berjanji konon ICERD tidak akan melibatkan hak Islam, hak umat Islam dan hak kaum Melayu. Boleh percayakah?

    Siapa boleh percaya pada pakatan selepas pakatan sendiri sengaja memungkiri pelbagai janji dalam manifesto pakatan dengan pelbagai fitnah, putar belit, auta dan u-turn? Akhirnya siapa yang tertipu?

    Jika KERAjaan pakatan menandatangani ICERD, ini bererti KERAjaan akan menerima semua syarat dalam ICERD ! Maka kita tidak mempercayai janji KERAjaan pakatan !

    BalasPadam
  3. Mohon admin delete iklan 31 Oktober 2018 5:52 PTG.

    Thank you.

    BalasPadam