Header Ads

ads header

Flash News

MAIS (Selangor) akan teruskan serbuan khalwat melalui JAIS


SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) akan meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap sebarang aduan melibatkan semua kesalahan jenayah syariah, termasuk khalwat melalui Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Pengerusi Mais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi turut menegaskan pelaksanaan undang-undang syariah di bawah bidang kuasa negeri serta diperuntukkan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negeri.

“Mais bagaimanapun akan sentiasa memantau dan memastikan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan bertepatan prosedur operasi standard (SOP) diluluskan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Justeru, Mais menasihati semua umat Islam di Selangor tidak melakukan apa-apa kesalahan termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Khusrin menggesa semua pihak memberi maklumat berkaitan perbuatan jenayah syariah untuk tindakan penguatkuasaan menerusi hotline Jais 1-800-88-2424.

Isu khalwat menjadi tumpuan selepas sebuah akhbar berbahasa Inggeris Sabtu lalu memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa sebagai berkata “tiada lagi kepolisan moral dan serbuan khalwat waktu malam atau menerjah kehidupan peribadi orang Islam”.

Laporan itu mengundang reaksi pelbagai pihak, termasuk mufti dan badan bukan kerajaan (NGO) yang tampil mengkritik serta menyokong kenyataan itu.

Mujahid bagaimanapun menafikan pernah berkata demikian dalam temu bual dengan wartawan akhbar itu dan mendakwa ia dirumuskan akhbar itu sendiri.

Beliau meminta akhbar itu membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi akhbar dan portal mereka.

MR : Syabas jangan dilayan kumpulan Islam Liberal yang kini dominasi parti AMANAH dan PH....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan