Header Ads

ads header

Flash News

Makanlah babi sebanyak mana pun!


TELAH tular di kalangan DAP yang gagah di kalangan gabungan PH yang berkuasa mempertahan dan mahu membudayakan pesta arak setiap Oktober kerana arak bukan larangan agama yang dianuti DAP.

Apa hak yang kukuh bagi umat Islam membantahnya sedang Islam tidak menghalang lain-lain agama mngamalkan kepercayaannya.

Umat Islam tidak membantah bukan Islam Cina makan babi sebanyak-banyaknya dan tidak mengganggu suku India tertentu makan biawak sekenyang-kenyangnya kerana ia adalah makanan mereka. Orang yang kenyang babi tidak mengganggu orang lain.

Cuma yang orang Islam bangkitkan menternak babi di perkampungan semua kaum kerana najis dan pencemarannya. Kubang kerbau juga kotor, bukan najis berat – mughalazah, babi dan anjing - bagi semua. Tetapi bila ada bantahan kubang kerbau mengganggu penduduk, semua pihak wajar peka dengan bantahan itu.

Islam menjauhi babi justeru haramnya dan babi adalah keutamaan kedua bila Nabi Isa al-Masih diturunkan semula ke dunia. Pertama mengalahkan Dajjal, kedua memerintah membunuh babi di muka bumi.

Jika Singapura tidak mahu ada kandang babi, mengapa tempat yang ada Islam boleh ada kandang babi.

Apapun tiada larangan makan babi sebanyak-banyaknya dan berniaga babi. Tetapi arak boleh mengganggu orang lain. Pengaruh arak boleh mengancam keselamatan ibu bapa sendiri.

Peraturan jalan raya tidak melarang orang kenyang babi memandu, tetapi salah memandu bagi yang dipengaruhi arak.

Orang Melayu umumnya mengutuk Inggeris ketika masuk Tanah Besar China dua abad lalu menjamu candu murah kepada rakyatnya kerana ia membinasakan manusiawi bangsa Cina. Chairman Mao Zedung mengikut wartawan agung Mesir, Hasnain Haikal dalam bukunya, Cairo Document, menyediakan sebanyak-banyak dadah kepada ribuan tentera Amerika dalam perang Vietnam dulu bagi membalas dendam Inggeris menjamu candu kepada rakyat China.

Pemadat dadah soldadu Amerika yang pulang dari Vietnam mengedar dadah kepada seluruh penduduk dunia sekalipun perang Vietnam sudah selesai 40 tahun lalu tetapi penduduk dunia masih bergelut dengan perang dadah.

Mungkin apa juga jenis arak tidak buruk racun candu, tetapi pengaruh arak boleh menjadikan pemabuknya seperti babi menyondol apa saja.

Arak bukan benda yang disukai oleh pemimpin besar Singapura Lee Kuan Yew, penganut Kristian Cina dan pemimpin besar India, Jawaharlal Pandit Nehru, penganut Hindu. Kedua-duanya tidak meneguk arak. Bahkan Kuan Yew bangga menjadi seorang Puritan – non alcoholic, tidak berjudi dan bukan kaki betina.

Dari sudut itu Kuan Yew dan Nehru adalah jauh lebih bermoral daripada setengah pemimpin Islam. Bukan kerana Islam mereka menjauhi arak tetapi arak itu pemusnah kemanusiaan.

Mengapa Cina DAP dan India DAP tidak mencontohi Cina Kuan Yew dan Hindu Nehru menjauhi arak?

Adalah benar Kuan Yew tidak memerangi arak di Singapura dan Nehru tidak memerangi arak di India. Ia adalah kelemahan mereka sebagai pemimpin manusia di negeri masing-masing, tetapi mereka menjauhi arak.

Sepenuh tenaga Mahathir memerangi rokok semasa pemerintahannya, tetapi pengaruh DAP yang kuat seolah-olah menjadikan kerajaan barunya liberal dalam isu pesta arak Oktober.

Dasar pro arak DAP atas pesta itu menjauhkan parti itu dan parti sekutunya jangka panjang dari orang Melayu. Ia akan sendirinya memayahkan penyatuan bangsa Malaysia. Sebagaimana BN ditinggalkan bukan Melayu dan Melayu pula selepas Mahathir dan Anwar akan ditinggalkan orang Melayu.

Pesta arak antara pelan ahli kitab mengembalikan dunia ke alam jahiliah.

SUBKY LATIF


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. menteri agama dah bagi green light nak cakap macam mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menteri agama tu bukan nak menegakkan Islam tapi merosakkan Islam adalah. Menteri yg langsung tak boleh dicontohi atau diikuti.

      Padam
  2. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERKARA 3(1)

    3. Ugama bagi Persekutuan

    (1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

    (i) Agama Islam dinyatakan secara khusus dan jelas sedangkan agama-agama lain ditulis secara umum sahaja yang bererti Agama Islam mempunyai kedudukan yang dominan (superior) dalam perlembagaan berbanding dengan kedudukan agama-agama lain.

    (ii) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan bererti negara Malaysia beragama Islam. Ini membuktikan Malaysia adalah negara Islam.

    (iii) Ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Ini bererti agama-agama lain boleh diamalkan selagi agama-agama tersebut tidak mengancam agama Islam dan umat Islam di Malaysia.

    Ini bererti orang-orang kafir tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh mengancam Islam sebagai agama Persekutuan. Ini bererti Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan orang-orang kafir membina kilang arak atau menternak babi atau melakukan kativiti yang bercanggah dengan ajaran Islam dalam kampung umat Islam atau kawasan majoriti umat Islam.

    Ini bererti orang kafir boleh makan babi sehingga mati sakit jantung kerana terlebih kolestrol babi dalam badan orang kafir atau minum arak sehingga koma atau rebah dan mati atau mengadakan pesta arak selagai aktiviti ini tidak melibatkan umat Islam atau mengganggu agama Islam dan umat Islam.

    Masalahnya ialah siapa boleh jamin puak kafir yang mabuk ini tidak melakukan provokasi atau jenayah terhadap Islam dan umat Islam. Siapa boleh jamin pemandu-pemandu mabuk ini tidak melanggar umat Islam atau kenderaan atau harta benda umat Islam dll?

    Mantri agama boleh jaminkah semua bahaya aktiviti puak kafir tidak akan menimpa umat Islam? Pemimpin DAP boleh jaminkah? Pemimpin PKR dan Bersatu boleh jaminkah?

    Bolehkan mereka jamin virus Nipah (Nipah Virus@ NiV) dan penyakit-penyakit berbahaya lain dari ladang ternakan babi tidak akan menjangkiti atau membunuh umat Islam?

    Jika pengikut-pengikut agama kafir mengancam agama Islam atau umat Islam, maka agama mereka tidak boleh diamalkan di Malaysia berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

    BalasPadam