Header Ads

ads header

Flash News

Manifesto satu tanggungjawab kepada pengundi


Manifesto merupakan satu tanggungjawab kepada pengundi dan tidak boleh sewenang-wenangnya diketepikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata Tan Sri Dr Rais Yatim.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sembilan itu berkata manifesto merupakan asas yang membantu pengundi membuat pilihan dalam sesuatu pilihan raya.

Oleh itu, katanya, jika sebahagian besar daripada manifesto itu tidak menjadi kenyataan maka kerajaan PH akan menerima kritikan rakyat.

“Sekiranya tidak boleh dilaksanakan, PH perlu wujudkan satu panel khusus untuk melihat semula manifesto...yang penting rakyat tahu yang perkara-perkara ini dikaji dengan teliti.

“Jika kita tidak buat begitu maknanya apa guna kita ada manifesto dan kita tak boleh lari daripada tanggungjawab itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Port Dickson malam tadi.

Baru-baru ini, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz dilaporkan berkata beliau terkilan kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memberitahunya akan memegang portfolio Kementerian Pendidikan, namun tidak dilakukannya kerana janji manifesto.

Rafidah yang pernah menerajui Wanita Umno turut mengingatkan bahawa tidak mustahil kerajaan PH akan kehilangan kuasa sekiranya tidak dapat membuat keputusan penting hanya kerana terikat dengan manifesto yang dijanjikan. - Bernama

MR : Manifesto PH bukan kita suci, hanya kertas propaganda untuk perkenakan BN akhir terkena diri sendiri....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan